Jumaat, Januari 09, 2009

tun mahathir di blog rtm!!!

pengacara telah menyentuh banyak soal tentang blog tun mahathir dan soal palestin.
tentang blog beliau,tun mahathir menjelaskan bahawa:
  • beliau menukar alamat blog disebabkan perkhidmatan server lama yang digunakan adalah kurang memuaskan.
  • gutipan iklan akan digunakan untuk membayar pengendalian server baru.
  • beliau memilik media ini sebagai ruang beliau bersuara disebabkan keluasan,kebebasan dan keterusannya.
  • selalu mengemaskinikan blog adalah untuk memberi teguran tepat pada masa terhadap isu-isu semasa di sekelilingnya.
  • penulisan blognya dibukukan adalah untuk memudahkan pembaca yang tiada komputer dan perkhidmatan online.
  • penulisan adalah hasilan beliau,tapi ditaip oleh orang lain.
tentang isu palestin:
  • beliau menyeru orang ramai mengadakan boikot terhadap barangan amerika tertentu.
  • meletak jawatan di syarikat yang berkaitan dengan amerika jika boleh.
  • soal ini bukan soal agama,tapi ialah soal keluasan tanah.
  • arab dekat dan rapat dengan amerika menyebabkan hubungan negara islam terjejas.
  • memerlukan sokongan,kerjasama dan seruan ngo.
dalam temu ramah ini,tun mahathir masih 'keras' macam dulu.
tapi,manusia memang tidak dapat tanding dengan umur dan masa.
tun mahathit masih sama dengan orang tua lagi biasa jika beliau menanggalkan kulit luarannya.

Tiada ulasan: