Sabtu, Januari 03, 2009

buku-pilihan tepat anda!

buku membawa ilmu pengetahuan kepada manusia yang mendekatinya.
janganlah ditakuti buku setelah belajar 20 tahun di sekolah tadika,rendah,menengah,universiti dan sebagainya.
buku di sekolah cuma benda yang bosan lagi keras untuk 'dimakan'.
cubalah mencari bahan bacaan yang digemari untuk menghilangkan ketakutan anda.

di malaysia,seorang warganegara hanya membaca lebih 2 muka surat sahaja setahun.
ini menyedihkan orang ramai kerana tidak mementingkan ilmu pengetahuan dan membiarkan diri sendiri terjebak dalam ketakutan untuk belajar benda baru.
mungkin keadaan yang tidak mengizinkan warga malaysia untuk membaca buku kerana kebanyakan masa digunakan untuk bekerja.
lagipun,pengaruh dan ransangan luar banyak menarik perhatian orang ramai.
kadang kala,membaca buku adalah membebankan dan memenatkan sesetengah orang setelah bekerja penat.

saya menikmati semasa bersemuka dengan bahan pembacaan.
saya telah membaca sebanyak 768 buah semasa tingkatan satu,242 buah semasa tingkatan dua,dan 1049 buah semasa tingkatan 5 menerusi projek nilam yang diadakan di selolah di bawah rancangan kementerian pendidikan.
saya akan mengekalkan hobi ini sehingga hari kematian.
kerana menganggap buku merupakan tingkap pemikiran saya,jalan mengetahui pemikiran dan falsafah seseorang,lampu merujuk ke arah kebenaran dan lilin penyebaran kasih sayang.

cubalah mencari buku yang sesuai untuk diri sendiri!
kamu akan mendapat faedah,manfaat,kepuasan,kegembiraan dan keselesaan dalam proses pembacaan buku yang bersesuaian.
nikmatilah alam sempurna ini sebelum mengubah dunia yang sakit ini.

Tiada ulasan: