Khamis, Januari 08, 2009

forum pilihan raya kecil parlimen kuala terengganu (p036) di rtm!!!(episod ketiga)

kali ini,pengacara ini membincangkan soal pendidikan.
forum ini dimulakan dengan sedutan rakaman peringatan atas jasa dan kejayaan datuk razali dalam bidang pendidikan dan biodata beliau.

tetamu yang dijemput kali ini ialah rakan yang pernah tugas bersama datuk razali.
tetamu tersebut mengatakan bahawa kejayaan datuk razali telah membina asas dan dasar kejayaan pendidikan di terengganu.

beliau juga menegaskan pengorbanan guru dalam pendidikan janganlah dipandang serong kerana terdapat sesetengah pihak menganggap para guru tidak menyokong dasar pendidikan yang ditetapkan oleh kerajaan.
itu adalah tidak benar kerana datuk razali bukan sahaja berjaya dalam bidang pendidikan,tetapi juga merupakan seorang ahli politik yang cemerlang.

pada pendapat saya,rtm menyiarkan rakaman ini bertujuan mengingati para penonton mengenai kecermelangan datuk razali boleh dikaitkan dengan kualiti wakil dan calon bn.
pengacara itu mengakhiri forum tersebut dengan mengatakan bahawa janganlah lupa asas dan dasar yang diadakan oleh kerajaan.
macam menasihati para penonton jangan "makan isi lupa kulit."

(forum seterusnya akan mengutamakan pembangunan di terengganu)

Tiada ulasan: