Jumaat, Januari 09, 2009

blog @ 1 menjemput tun mahathir!!!

pada 9.1.09,blog di rtm1 akan menjemput tun mahathir hadir untuk bertemu ramah dengan blogger yang tertunggal dan mendapat lawatan terbanyak oleh pengunjung blognya.(>10,000,000)

beliau memulakan blognya pada 1 may 2008,iaitu selepas pr ke 12 dengan menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap pm.
banyak isu yang diperkenalkan oleh beliau seperti:peristiwa umno,politik dan isu-isu semasa di malaysia dan luar negara dan perjelasan beliau tentang kedudukannya sebagai berkas pm.

blog beliau pernah dimasuki oleh pakar komputer pada 10 june 2008.
beliau tetap pendiriannya untuk meneruskan usahanya menjadi seorang blogger.
beliau telah menganggap blog ini merupakan ruangnya untuk bersuara dan menarik perhatian orang ramai.
kerana beliau telah dijauhi oleh orang ramai terutamanya ahli umno setelah meletak jawatan sebagai pm.
beliau mahu serang balik dengan meneruskan usahanya supaya mendapat kehormatan daripada orang ramai.

pada 31 disember,blog beliau ditukar ke alamat www.chedet.cc.
dulu ialah www.chedet.com.
dalam alamat baru tersebut,beliau telah membuka ruang untuk iklan-iklan.
inilah kepadaian beliau dan peluang keemasanya untuk mendapat keuntungan kerana blognya benar-benar mencipta pengunjung yang teramai di malaysia selepas blog malaysia today oleh raja petra kamaruddin.

tunggulah jam 10:30pm hari ini.
tonton apa tun mahathir mahu luang lagi di blog @ 1.

Tiada ulasan: