Jumaat, Januari 30, 2009

musin hujan,air bertakung,banjir,nyamuk aedes,deman denggi dan deman chikungunya!

dulu,kita sering kedengaran deman denggi.
tapi kini kita sering kedengaran deman chikungunya.

sejak kebelakangan ini,pesakit deman chikungunya semakin hari semakin bertambah.
semua ini berkaitan dengan kecuaian manusia yang suka membuang sampah merata tempat dan berkurangan kesedaran sivil terhadap alam sekitar.

punca kedua-dua deman ini adalah sama iaitu:pembiakan nyamuk aedes.
tapi kesan sampingan deman chikungunya lebih besar daripada deman denggi.
kedua-duanya masih belum ada ubat dan vaksin dapat mengubati dan merawatinya.
gejala deman chikungunya ialah deman,kesejukan,sakit kepala,loya,muntah,sakit oto,ruam dan sakit sendi.

jadi,kita semua perlu berhati-hati kerana berada dalam musin hujan dan banjir.
buanglah air takungan dalam tin kosong pasu dan berkas air yang lama tidak guna.
ini merupakan tanggungjawab bersama.

Tiada ulasan: