Sabtu, Januari 31, 2009

banjir besar berlaku di kuching dan sibu!

banjir besar berlaku di kuching pada 29.1.2009.
semalam baru sibu mengalami banjir besar.

rumah saya termasuk air kali kelima sejak pembinaan rumah ini.
ini kali ketiga dalam 5 tahun yang terdekat ini.
banjir tersebut setinggi punggung saya.

segala aktiviti terganggu dan barang-barang dekat rumah terpaksa diangkut tinggi.
saya terpaksa berpindah ke rumah nenek yang berada di sebelah atas rumah saya.
selain itu,saya terpaksa menunggu air surut sehingga ketinggian lutut saya baru saya pergi membaca berita dalam surat khabar.

ini kali terakhir saya mengemaskinikan penulisan dalam blog saya.
kerana adik saya akan pergi ke miri untuk melanjutkan pelajarannya sebagai guru pelatih.
dia hanya akan balik ke sibu apabila percutian march.
jadi,saya mengakhiri penulisan ini dengan mengucapkan semoga menikmati dalam kehidupan harian anda.

1 ulasan: