Khamis, Januari 29, 2009

perubahan supp-hantar calon baru lagi muda untuk pilihanraya dun negeri sarawak yang akan datang!

setelah kalah besar dalam pilihanraya dun negeri sarawak yang diadakan pada tahun 2006,supp telah merancangkan untuk membuat perubahan dalam pilihanraya baru yang akan tiba.

calon yang tua akan digantikan dengan calon yang muda terutamanya ketua daripada pemuda,wanita supp dan persatuan cina.
selain itu,ketua supp,george chan juga akan mengundur diri dan memberi kerusi tersebut kepada penggantinya.
bagi kerusi yang lain,keputusan pemilihan calon atau penggantian calon akan dibuat pada sidang supp yang akan datang.

perubahan yang kedua ialah calon yang muda akan dilantik untuk mengetuai kumpulan-kumpulan dalam pasukan supp.
bagi ahli yang lebih tua lagi berpengalaman akan dipilih untuk membantu mereka.
ini merupakan proses yang baik dan sempurna untuk membangkitkan pasukan supp yang hilang arah tuju setelah kalah besar dalam pilihanraya lepas.

pilihanraya ini telah mencetuskan pemecahan ahli-ahli supp kepada 2 bahagian.
satu sokong ketua supp dan satu lagi bantah ketua supp.
pemecahan kumpulan ini menimbulkan masalah pemecahan ahli-ahli di sibu pula.
iaitu menimbulkan masalah dudong oleh dr soon dengan datuk wong soon koh.
masalah ini masih dalam proses pemulihan.
bahagian dudong ini akan ditubuhkan sebelum may.
yang jadi masalah ialah pemilihan ketua supp bahagian dudong.
kerana pemilihan akan dibuat di antara dr soon dengan calon datik wong soon koh,tiong tai king- ahli parlimen lanang.

baru-baru ini,di soon telah meletak jawatan penolong kumpulan.
beliau meletak jawatan ini disebabkan ketiga-tiga calon pilihannya dalam majlis perbandaran sibu telah ditolak oleh dr wong soon koh-menteri perbandaran.
masalah ini masih menghantui supp sibu dan kuching.
bagaimana mahu menghadap pihal pembangkang yang diketuai oleh datuk seri anwar walaupun pihak pembangkang masih belum kukuh di sarawak.

yang menjadi topik hangat orang ramai lagi ialah tiada perubahan besar dalam senarai pimpinan parti supp kecuali ketua pemuda dan wanita.
semua orang lama lagi berumur masih berkuasa besar dalam parti supp.
mungkin ahli-ahli lama ini masih mahu mengelak pemecahan ahli-ahli kumpulan supp menjadi lebih teruk.
mereka inginkan perubahan sedikit demi sedikit demi kebaikan parti.
tapi orang ramai di luar terima tak,itu masih menjadi soalan kepada ahli-ahli supp.

semua ini akan dijawab dalam pilihanraya dun negeri sarawak.
biarlah rakyat menentukan masa depan mereka.

Tiada ulasan: