Rabu, Januari 28, 2009

surat khabar dengan kehidupan harian saya.

saya tidak pernah ketinggalan untuk membaca surat khabar dalam kehidupan harian saya.
kecuali hari cuti umun malaysia.
oleh itu,saya sudah 4 hari belum menyentuh suratkhabar kerana penutupan perpustakaan pada cuti tahun baru cina.

saya bergiat-giat menantikan masa membaca surat khabar.
saya akan menggunakan 3-4 jam untuk membaca 6 naskah surat khabar di perpustakaan.
walaupun banjir berlaku,saya juga tidak pernah ketinggalan peluang untuk membaca surat khabar.
apa lagi hujan yang turun pun tidak akan mematikan hasrat saya untuk makan makanan mental harian.

perpustakaan itu hanya terbuka pada jam 1 tengah hari pada selasa hingga jumaat.
pukul 9 pagi pada hari sabtu dan ahad dan pukul 6 pada hari isnin.
saya menunggu masa tersebut dengan membaca bahan bacaan lain seperti:politik di malaysia,falsafah dan sebagainya.
saya mempunyai masa luang yang banyak disebabkan saya masih dalam proses menunggu temu duga pekerjaan dalam sektor kerajaan.

saya mengamalkan amalan sejak tingkatan dua.
selain surat khabar,saya juga membaca majalah dalam perpustakaan tersebut.
saya menikmati masa tersebut dan mendapat kepuasan yang tiada penghujungnya.
jadi,saya akan mengekalkan amalan ini hingga akhir hayat saya.

Tiada ulasan: