Sabtu, Januari 24, 2009

presiden baru amerika syarikat-barack husein obama!

barack hussein obama telah muncul sebagai harapan baru bagi pertukaran imej baru bagi amerika syarikat yang berada dalam krisis ekonomi dan medan peperangan mental.

sesetengah pendirian obama adalah sama dengan presiden lama,george w.bush.
seperti:pendirian dalam peperangan israel terhadap palestin,isu pengunduran dari iraq dan isu hantar lebih banyak askar ke afghanistan.

pendirian yang berbeza dengan presiden lama ialah penutupan penjara guantanamo,membenarkan penguguran bayi,membekalkan perbelanjaan baru,mengenakan cukai yang lebih tinggi,membekalkan perkhidmatan perubatan yang percuma,berunding dan mengadakan perbincangan dengan negara islam.

semua ini merupakan perubahan yang positif.
tapi peluang untuk menjayakannya adalah tipis.
harap-harap kakitangan dan pembantu obama dapat meringankan kerja dan beban obama dalam usaha menuju ke amerika baru lagi cerah.

beliau menang besar dalam pilihanraya dan mendapat sambutan yang tinggi daripada rakyatnya.
harap beliau benar-benar berkualiti dan berkemampuan walaupun masih muda.
jangan bertindak macam presiden korea dan taiwan-menang cantik dalam pilihanraya dan mendapat sambutan baik daripada rakyat jelata.
tetapi,melaksanakan sistem yang menimbulkan kemarahan rakyat jelata dan lambat melaksanakan perubahan yang dijanjikan.

orang ramai,sila ingat obama juga merupakan seorang manusia.
beliau bukan makhluk berkuasa tinggi atau dewa.
beliau mungkin berpengaruh dalam memberi ucapan tapi usaha dalam pelaksanaan adalah berbeza dengan teori dan buah fikiran.
biarlah masa menentukan pretasi beliau.

Tiada ulasan: