Khamis, Januari 08, 2009

bn mesra rakyat VS ubah untuk kemenangan rakyat......

slogan dan cogan kata utama bn ialah bn 'mesra' rakyat-merakyatkan pembangunan.
pas pula ialah 'ubah' untuk kemenangan rakyat.

'mesra' lawan 'ubah'.
kedua-duanya sedang merebut dan memerlukan sokongan daripada 'rakyat'.

bn masih menggunakan taktik 'pembangunan' untuk menarik perhatian daripada penduduk di kawasan kampung dan luar bandar walaupun sudah 45 tahun dalam penubuhan malaysia.
walaupun terengganu telah banyak menyumbang bahan mentah seperti:petroleum kepada kerajaan pusat,tetapi pembangunan terengganu masih serba berkurangan.

tambahan,wang pembanguanan yang didapati digunakan untuk mengadakan pertandingan monsoon cup,masjid crystal,taman islam dan sebagainya.
projek ini memakan banyak perbelanjaan dan wang pembangunan terengganu.

sumbangan yang disebut di atas serba sedikit mampu memajukan perlancongan,memajukan dan membangunkan pelbagai sektor di terengganu.
ini memang saya tidak dapat menafikannya.

tapi benarkah wakil bn menimbangkan kepentingan orang ramai dari sudut dan pandangan rakyat.
ini saya tidak berhak jawab.
biarlah rakyat terengganu memberi jawapan mereka kepada wakil bn.

  • benarkah mereka dari rakyat,kepada rakyat dan untuk rakyat???
  • betulkah rintihan rakyat merupakan keutamaan bn???
  • benarkah pemimpin bn mesra rakyat ataupun hilang selepas pilihanraya???
  • betulkah bn merupakan kerajaan mengamalkan sistem kongsi kuasa,berkesan,berwawasan dan berani membuat perubahan???
  • dapatkah kerajaan bn menjadikan malaysia satu wawasan,satu malaysia???
pas pula mahu ubah.
  • ubah apa dasar kerajaan bn???
  • ubah apa supaya rakyat menang???
  • bagaimana menjayakannya???
sila jelaskah arah tuju anda!!!
bukannya semua orang pandai meneka fikiran dan maksud anda.
jangan hanya tahu memburukkan orang lain dengan memainkan atau mempolitikkan sesuatu isu.
cakap ini projek 'mee segere',itu projek 'raksasa'.

cubalah menerangkan matlamat 'hukum hudud' yang mahu dilaksanakan setelah mencapai penyetujuan semua anggota pr supaya warganegara malaysia lebih mengetahui rancangan dan perjuangan pas.

janganlah mengatakan semua ini adalah titah ilham atau rancangan dari tuhan.
pemilihan calon pilihanraya pun macam itu.
selalu mahu mengagamakan sesuatu supaya menarik perhatian golongan muslin.

biarlah masa lalu!
kebenaran tetap akan menjadi hakikat!
apa-apa cogan kata cuma untuk menyatupadukan orang ramai daripada berpecah belah.
moto dan slogan sendiri tidak mampu ubah keadaan rakyat jelata.

Tiada ulasan: