Selasa, Januari 06, 2009

forum pilihan raya kecil parlimen kuala terengganu (p036) di rtm!!!

pengacara forum hari ini telah menjemput seorang anggota polis menghuraikan keadaan hari penamaan calon pada pagi ini.

selepas itu,video kedua-dua calon dan anggota pas menyeru supaya penyokong penyokong mereka jangan menggunakan cara kotor lagi keji untuk meyerang pihak lawan dan beretika semasa berkempen.

rtm kali ini telah menunjukkan muka sebenar mereka.
mereka mula membuat serangan menerusi menyiarkan gambar calon bn menyanyi dengan seorang perempuan dan gambar wanita mongolia bersama dengan bendera pkr.

pengacara juga menasihati blogger,penyokong,pekerja kempen dan lain-lain supaya jangan menggunakan taktik kotor yang sedemikian.
ini boleh diterima oleh saya.

tapi,apa yang saya tidak terima ialah beliau mengatakan bahawa calon dan anggota pas yang berjanji akan beretika itu cakap tidak sama bikin.
ini akan menyelirukan banyak penonton yang mengikuti forum tersebut.

inilah serangan pertama yang dilakukan oleh rtm terhadap calon,anggota ,pekerja dan blogger.
tunggulah besok dan lihat apa yang akan dilakukan oleh pengacara untuk menyerang lagi.
saya tunggu dan menerima serangan anda!

Tiada ulasan: