Selasa, Januari 27, 2009

harga gula akan naik selepas tahun baru cina!

harga gula sekarang sudah menjadi isu perhatian orang ramai selepas harga petrol diturunkan sebanyak 7 kali.
semenjak tahun lepas,menteri perdagangan telah mengumun bahawa harga gula akan naik 10 sen selepas kontrak baru ditandatangani.
harga gula sudah lama tidak berubah iaitu rm1.45 bagi semenanjung dan rm 1.55 di sabah dan sarawak kerana ikatan kontrak lama.

selepas itu,menteri perdagangan mengatakan bahawa harga semenanjung dan sabah sarawak akan disamaratakan setelah kenaikan harga dilaksanakan.
tidak lama lagi selepas pengumuman ini dibuat,menteri tersebut pula mengatakan bahawa harga gula tidak akan naik.
ini telah mengelirukan segelintir orang yang tidak mengikuti perkembangan berita mengenai harga gula.
saya rasa beliau berbuat demikian ialah mahu memastikan orang ramai banawa harga gula tidak akan naik pada tahun 2008.

baru-baru ini,barulah beliau menegaskankan bahawa harga gula akan naik selepas tahun baru cina.
di sini,timbulah 2 kemungkinan harga gula selepas tahun baru cina:
  • harga semenanjung,sabah dan sarawak sama-sama naik.
  • harga semenanjung naik 10 sen dan harga di sabah dan sarawak dikekalkan.
menteri perdagangan tidak menjelaskan isu ini dengan jelas lagi teliti.
saya berfikir bahawa harga gula di sabah dan sarawak lebih 10 sen selama ini disebabkan oleh kos pengangkutan dari semenanjung ke sabah dan sarawak.

selepas tahun baru cina,kebenaran tetap akan muncul.
janganlah kelam kabut akibat terdengar akhbar angin orang ramai.

Tiada ulasan: