Jumaat, Januari 09, 2009

fokus pilihan raya kecil parlimen kuala terengganu (p036) di rtm!!!(episod keempat)

hari ini merupaka hari serangan rtm terhadap saudara anwar ibrahim setelah 3 hari dalam kempen pilihanraya.
pengacara menyerang beliau dengan 3 isu semasa-isu penubuhan kerajaan baru,isu hukum hudud dan isu pengundi muda.

pengacara mengatakan bahawa anwar minta pengundi meneruskan pemberian undian mereka kepada calon pas supaya pr mampu menubuhkan kerajaan baru walaupun sudah gagal 4 kali dalam usahanya menuju ke putrajaya.
iaitu:pilihanraya permantang pauh,916,hari korban dan hari hijrah.
kali ini kali kelima.
kalau pr menang kerusi ini,kerjaan bn masih kukuh dan impian atau mimpin anwar ibrahim mahu menjadi pm akan pecah.

selain itu,pengacara mengatakan bahawa anwar ibrahim menyatakan bahawa dap dan ahli bukan islam dalam pkr tidak menolak sepenuhnya hukum hudud.
sebenarnya,ketua dap menolak sepenuhnya hukum hudud walaupun terpaksa bertolak ansur dengan pas dan ketua pr.
selain itu,pengacara berkata bahawa pas berjanji akan melaksanakan hukum hudud selepas umno iaitu:kerajaan pusat bn menolak perlaksanaan mereka.

selepas itu,pengacara menggunakan jadual pengundi muda yang membuat undian semasa pilihanraya ke 12 di negeri terengganu.
beliau mengatakan bahawa pihak pembangkang selalu menganggap pengundi muda merupakan sokongan kukuh mereka.
dalam jadual tersebut,hampir separuh pengundi terengganu mengundi pr dan lebih separuh pengundi muda mengundi bn.
beliau membuat kesimpulan bahawa bn masih disokong oleh pengundi muda.

dalam sesi kedua,seorang profesor canselor akademik dijemput untuk menyatakan pembangunan di terengganu.
beliau telah balik ke terengganu selepas 30 tahun bekerja di kl.
selepas beliau kembali ke terengganu,beliau berasa banyak perubahan di terengganu.
terutamnya dari segi pembanguna infrastuktur dan bangunan-bangunan.
seperti:selolah bertaraf tinggi,2 buah universiti,kilang pemasangan komputer,lapangan terbang,lebuh jalan ke kl dan pusat pendidikan al-quran.
semua ini telah menyatakan pembangunan terengganu dari segi pendidikan dan peluang pekerjaan.

akhirnya,pengacara mengakhiri rakaman ini dengan menyatakan bahawa bn mampu membawa pembangunan berterusan dan keadaan aman damai kepada rakyat terengganu.
inilah sebab utama profesor tersebut kembali ke tempat lahirnya selepas bekerja 30 tahun di kl.

adakah semua ini kebenaran atau fitnah???
biarlah pembaca sendiri menjadi penentu dan pengakhir dalam perjalanan mencari kesahihan.

Tiada ulasan: