Ahad, Januari 04, 2009

perbuatan salah taksif dan menjauhi daripada orang ramai akan membahayakan saya!!!

salah taksif merupakan kelemahan manusia yang hidup dalam dunia yang mementingkan kepantasan,kecekapan dan kepintasan seseorang terhadap sesuatu maklumat.
disebabkan kesuntukan masa lagi banyak maklumat mahu kita beri perhatian,jadi kita terpaksa 'menghidap penyakit tersebut'.

salah punca lagi ialah perasaan inginkan menang dan mempertahankan maruah diri,kita perlu terpaksa bersaing untuk cekap,cepat,pantas dalam mentaksir sesuatu maklumat.
selain itu,pandangan dari berlainan sudut,latar belakang,perasaan cemas dan pengaruh luaran telah mengakibatkan gejala ini berterusan.

ini merupakan hasil pendapat saya setelah main kuiz dengan kumpulan kawan saya.
dalam kuiz tersebut,saya banyak menjawab silap.
bukan saya tidak tahu jawapan,tapi salah taksir maklumat mengakibatkan saya jawab salah.
seperti:
  • import-taksiran saya salah membawa maksud 'ekport'.
  • 1 dolar singapura tukar mata wang malaysia disalah taksir menjadi 1 dolar us tukar mata wang singapura.
saya sudah biasa hidup seorang diri dan menjauhi orang ramai.
ini telah mengakibatkan saya cemas apabila terdapat pihak ketiga malah pihak kedua dalam hidupan saya.
bukan saya tidak puas hati dalam mengaku kalah atau takut berhadapan dengan kebenaran,cuma saya menyalahi diri sendiri jarang bergaul dan berjarak dengan orang ramai.

inilah kelemahan dan kerugian saya.
walaupun saya menerima hakikat kebenaran ini,tapi saya masih berdaya dan cekal untuk menentangnya.(macam lalat melanggar tingkap lalu terkoban,mati pun tidak tahu apa sebab dan puncanya.)

harap-harap saya mampu mencari akal untuk menghilangkan daya tentangan ini semasa pergaulan dengan orang lain.
semoga saya berjaya dan bertemu dengan orang yang betul.

Tiada ulasan: