Jumaat, Januari 02, 2009

pembezaan rancangan 'what say you' dengan 'free talk'.

setelah rancangan 'what say you' diperhentikan,program 'free talk',telah mengambil alih masa siaran tersebut.
sebab utama rancangan itu diperhentikan ialah pengaturan semula dan pembentukan saluran rtm demi menghadapi cabaran baru pada tahun baru 2009.

setelah perhentian siaran 'what say you',masyarakat cina telah menimbulkan perasaan tidak puas hati.
kerana rancangan tersebut telah memberi ruang yang besar dan bebas untuk membincangkan soal politik dan kepentingan masyarakat.
selepas 'free talk' disiarkan,kebanyakan masyarakat cina telah putus hati terhadap rancangan rtm kerana siaran tersebut tidak menyentuh soal politik dan tidak menjemput ahli-ahli politik.

sebenarnya,rancangan 'free talk' lebih mementingkan soal dan gejala masyarakat daripada soal politik.
tertamu yang dijemput kebanyakan ialah dari bidang profesional.
ini akan memenuhi keperluan ahli masyarakat dari lapisan rendah.
jika dibandingkan dengan 'what say you',rancangan ini lebih mementingkan fakta,pemikiran falsafah dan perbincaraan dari ahli-ahli media massa,profesional dan politik.

selain itu,pengacara rancangan juga memainkan peranan yang penting dalam mengacara rancangan.
saya berpuas hati dengan pengacara 'what say you'.
mereka lebih peka terhadap isu-isu semasa dan menanya soalan yang tepat kepada tajuk pembincangan.

pengacara 'free talk' kurang bersedia dan salah seorang daripada pengacara tersebut hanya tahu merujuk dan bergantung kepada kertas soalan dan pembuka suara yang disediakan.
mungkin inilah kebiasaannya kerana dia merupakan seorang penyampaian berita.
tapi,salah seorang pengacara 'what say you' juga penyamapian berita.
dia tidak bergantung sangat bergantung kepada kertas yang disediakan.

rancangan 'what say you' akan disiarkan pada pukul 4pm hari ahad minggu ini.
harap-harap stail penyampaian dan pengacaraan rancangan masih dikekalkan dengan sepenuhnya.

Tiada ulasan: