Jumaat, Julai 03, 2015

(Slot Berita Nasional 1 Tengahari) pada 30 Jun 2015 (Selasa) sempena Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa 2015

Temubual di TV RTM bersama Encik Hayazi Bin Mat Yusob, Ketua Unit Intervensi, Klinik Cure & Care 1Malaysia Sg. Besi http://nodrugplease.blogspot.com/

aktiviti pada 2/7/15

balik dari kerja:3pm-7am sebagai pegawai bertugas tidur dari 8am-2pm menerima nasi,ikan dan sayur dari tuan rumah-2:30pm tidur semula sehingga 6pm tonton drama tv3 dijemput makan pisang setelah membuat dan mendengar kongsian di tokong cina-7:45pm tonton drama ntv7 dan tv2 mengenai konfusianisme

malam ini ada

himpunan kristian borneo, ceramah buddhisme, kunjungan kuil murugan dan jelajah rumah merah / pondok datuk gong

laman blog-wordpress saya muncul

This webpage is not available DNS_PROBE_FINISHED_NXDOMAIN bagaimana saya baikinya?adakah admin yang blok tu?

pesanan untuk pemuda dan pemudi sedunia

[WorldYouth] Press Release: International Day against Drug Abuse and Illicit Traficcking http://www.way.org.my

ikutilah laman blogger,blogspot dan twitter saya

kerana laman blog wordpress saya ada gangguan dari dalaman dan luaran.

Selasa, Jun 30, 2015

Temubual AADK di TV RTM (Slot Berita Nasional 1 Tengahari)

-30/6 -(Selasa) -1.00 petang -Berita Nasional 1 Tengahari -En. Hayazi Bin Mat Yusob -(Cure & Care Clinic 1M Sg. Besi)

Selasa, Disember 30, 2014

kunjungilah laman blog jininglinneutral.wordpress.com

saya selalu mengemaskinikan laman blog ini: -perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah klinik cure & care 1 malaysia tampin,aadk. -foto bergambar -isu semasa -kehidupan -prinsip -...... jininglinneutral.wordpress.com

Sabtu, November 17, 2012

perkhidmatan pengagihan kertas iklan

500 keping (orang)-rm20. (kenderaan)-rm15. (rumah,pejabat)-rm25 sila hubungi:encik ling (0146842880) jininglin@yahoo.com.my jin-inglin@hotmail.com liningjin@yahoo.com.my jininglinneutral.wordpress.com

Jumaat, Jun 15, 2012

laman blog baru

kalau anda ingin mengetahui ajaran buddhisme,sila kunjungi jininglinneutral.wordpress.com

Rabu, Mei 30, 2012

laman blog baru

jininglinneutral.wordpress.com

Rabu, Oktober 26, 2011

perkhidmatan mengagih kertas dan risalah iklan,makanan dan bayar bil serta pembaharuan lesen di sibu sarawak

perkhidmatan ini dibahagi kepada 3 jenis: kertas iklan dan risalah-cermin depan kereta dan bakul serta tempat duduk motosikal-rm10(500 keping). -sekolah rendah,sekolah menengah,kedai-kedai,pejabat-pejabat. -peti surah rumah-rm20. penghantaran makanan-rumah dan pejabat-rm3. pembayaran bil-bil-rm5. sila hubungi saya jika anda memerlukan perkhidmatan yang disebut di atas.(hanya kawasan dan bahagian sibu,sarawak,malaysia. encik ling-0146842880. jininglin@yahoo.com.my. jin-inglin@hotmail.com.

Rabu, Disember 29, 2010

ajaran dan pendidikan buddha dalam laman blog saya

kalau anda ingin belajar ajaran dan pendidikan buddha dalam versi bahasa melayu,
kunjungilah laman blog saya:

jininglinneutral.wordpress.com

Ahad, Mac 07, 2010

pemberitahuan pembaca blog saya!

saya telah menutup laman blog ini 'hidupneutral.blogspot.com'.
saya akan meneruskan laman blog "jininglinneutral.worddpress.com'.

sila kunjungilah
jininglinneutral.wordpress.com

Sabtu, Februari 13, 2010

masih ingat saya tak?

kunjungilah ..........................................................

http://jininglinneutral.wordpress.com

Sabtu, Mac 14, 2009

pengumuman penting!!!

saya akan memulakan satu blog baru lagi yang bernama:

jininglinneutral.wordpress.com

hidupneutral.blogspot.com

sila ingati blog baru saya dan mengunjunginya selalu jika anda berminat.

tinggalah komen anda jika anda mahu berbuat demikian.

Sabtu, Januari 31, 2009

banjir besar berlaku di kuching dan sibu!

banjir besar berlaku di kuching pada 29.1.2009.
semalam baru sibu mengalami banjir besar.

rumah saya termasuk air kali kelima sejak pembinaan rumah ini.
ini kali ketiga dalam 5 tahun yang terdekat ini.
banjir tersebut setinggi punggung saya.

segala aktiviti terganggu dan barang-barang dekat rumah terpaksa diangkut tinggi.
saya terpaksa berpindah ke rumah nenek yang berada di sebelah atas rumah saya.
selain itu,saya terpaksa menunggu air surut sehingga ketinggian lutut saya baru saya pergi membaca berita dalam surat khabar.

ini kali terakhir saya mengemaskinikan penulisan dalam blog saya.
kerana adik saya akan pergi ke miri untuk melanjutkan pelajarannya sebagai guru pelatih.
dia hanya akan balik ke sibu apabila percutian march.
jadi,saya mengakhiri penulisan ini dengan mengucapkan semoga menikmati dalam kehidupan harian anda.

Jumaat, Januari 30, 2009

musin hujan,air bertakung,banjir,nyamuk aedes,deman denggi dan deman chikungunya!

dulu,kita sering kedengaran deman denggi.
tapi kini kita sering kedengaran deman chikungunya.

sejak kebelakangan ini,pesakit deman chikungunya semakin hari semakin bertambah.
semua ini berkaitan dengan kecuaian manusia yang suka membuang sampah merata tempat dan berkurangan kesedaran sivil terhadap alam sekitar.

punca kedua-dua deman ini adalah sama iaitu:pembiakan nyamuk aedes.
tapi kesan sampingan deman chikungunya lebih besar daripada deman denggi.
kedua-duanya masih belum ada ubat dan vaksin dapat mengubati dan merawatinya.
gejala deman chikungunya ialah deman,kesejukan,sakit kepala,loya,muntah,sakit oto,ruam dan sakit sendi.

jadi,kita semua perlu berhati-hati kerana berada dalam musin hujan dan banjir.
buanglah air takungan dalam tin kosong pasu dan berkas air yang lama tidak guna.
ini merupakan tanggungjawab bersama.

Khamis, Januari 29, 2009

perubahan supp-hantar calon baru lagi muda untuk pilihanraya dun negeri sarawak yang akan datang!

setelah kalah besar dalam pilihanraya dun negeri sarawak yang diadakan pada tahun 2006,supp telah merancangkan untuk membuat perubahan dalam pilihanraya baru yang akan tiba.

calon yang tua akan digantikan dengan calon yang muda terutamanya ketua daripada pemuda,wanita supp dan persatuan cina.
selain itu,ketua supp,george chan juga akan mengundur diri dan memberi kerusi tersebut kepada penggantinya.
bagi kerusi yang lain,keputusan pemilihan calon atau penggantian calon akan dibuat pada sidang supp yang akan datang.

perubahan yang kedua ialah calon yang muda akan dilantik untuk mengetuai kumpulan-kumpulan dalam pasukan supp.
bagi ahli yang lebih tua lagi berpengalaman akan dipilih untuk membantu mereka.
ini merupakan proses yang baik dan sempurna untuk membangkitkan pasukan supp yang hilang arah tuju setelah kalah besar dalam pilihanraya lepas.

pilihanraya ini telah mencetuskan pemecahan ahli-ahli supp kepada 2 bahagian.
satu sokong ketua supp dan satu lagi bantah ketua supp.
pemecahan kumpulan ini menimbulkan masalah pemecahan ahli-ahli di sibu pula.
iaitu menimbulkan masalah dudong oleh dr soon dengan datuk wong soon koh.
masalah ini masih dalam proses pemulihan.
bahagian dudong ini akan ditubuhkan sebelum may.
yang jadi masalah ialah pemilihan ketua supp bahagian dudong.
kerana pemilihan akan dibuat di antara dr soon dengan calon datik wong soon koh,tiong tai king- ahli parlimen lanang.

baru-baru ini,di soon telah meletak jawatan penolong kumpulan.
beliau meletak jawatan ini disebabkan ketiga-tiga calon pilihannya dalam majlis perbandaran sibu telah ditolak oleh dr wong soon koh-menteri perbandaran.
masalah ini masih menghantui supp sibu dan kuching.
bagaimana mahu menghadap pihal pembangkang yang diketuai oleh datuk seri anwar walaupun pihak pembangkang masih belum kukuh di sarawak.

yang menjadi topik hangat orang ramai lagi ialah tiada perubahan besar dalam senarai pimpinan parti supp kecuali ketua pemuda dan wanita.
semua orang lama lagi berumur masih berkuasa besar dalam parti supp.
mungkin ahli-ahli lama ini masih mahu mengelak pemecahan ahli-ahli kumpulan supp menjadi lebih teruk.
mereka inginkan perubahan sedikit demi sedikit demi kebaikan parti.
tapi orang ramai di luar terima tak,itu masih menjadi soalan kepada ahli-ahli supp.

semua ini akan dijawab dalam pilihanraya dun negeri sarawak.
biarlah rakyat menentukan masa depan mereka.

Rabu, Januari 28, 2009

surat khabar dengan kehidupan harian saya.

saya tidak pernah ketinggalan untuk membaca surat khabar dalam kehidupan harian saya.
kecuali hari cuti umun malaysia.
oleh itu,saya sudah 4 hari belum menyentuh suratkhabar kerana penutupan perpustakaan pada cuti tahun baru cina.

saya bergiat-giat menantikan masa membaca surat khabar.
saya akan menggunakan 3-4 jam untuk membaca 6 naskah surat khabar di perpustakaan.
walaupun banjir berlaku,saya juga tidak pernah ketinggalan peluang untuk membaca surat khabar.
apa lagi hujan yang turun pun tidak akan mematikan hasrat saya untuk makan makanan mental harian.

perpustakaan itu hanya terbuka pada jam 1 tengah hari pada selasa hingga jumaat.
pukul 9 pagi pada hari sabtu dan ahad dan pukul 6 pada hari isnin.
saya menunggu masa tersebut dengan membaca bahan bacaan lain seperti:politik di malaysia,falsafah dan sebagainya.
saya mempunyai masa luang yang banyak disebabkan saya masih dalam proses menunggu temu duga pekerjaan dalam sektor kerajaan.

saya mengamalkan amalan sejak tingkatan dua.
selain surat khabar,saya juga membaca majalah dalam perpustakaan tersebut.
saya menikmati masa tersebut dan mendapat kepuasan yang tiada penghujungnya.
jadi,saya akan mengekalkan amalan ini hingga akhir hayat saya.

Selasa, Januari 27, 2009

harga gula akan naik selepas tahun baru cina!

harga gula sekarang sudah menjadi isu perhatian orang ramai selepas harga petrol diturunkan sebanyak 7 kali.
semenjak tahun lepas,menteri perdagangan telah mengumun bahawa harga gula akan naik 10 sen selepas kontrak baru ditandatangani.
harga gula sudah lama tidak berubah iaitu rm1.45 bagi semenanjung dan rm 1.55 di sabah dan sarawak kerana ikatan kontrak lama.

selepas itu,menteri perdagangan mengatakan bahawa harga semenanjung dan sabah sarawak akan disamaratakan setelah kenaikan harga dilaksanakan.
tidak lama lagi selepas pengumuman ini dibuat,menteri tersebut pula mengatakan bahawa harga gula tidak akan naik.
ini telah mengelirukan segelintir orang yang tidak mengikuti perkembangan berita mengenai harga gula.
saya rasa beliau berbuat demikian ialah mahu memastikan orang ramai banawa harga gula tidak akan naik pada tahun 2008.

baru-baru ini,barulah beliau menegaskankan bahawa harga gula akan naik selepas tahun baru cina.
di sini,timbulah 2 kemungkinan harga gula selepas tahun baru cina:
  • harga semenanjung,sabah dan sarawak sama-sama naik.
  • harga semenanjung naik 10 sen dan harga di sabah dan sarawak dikekalkan.
menteri perdagangan tidak menjelaskan isu ini dengan jelas lagi teliti.
saya berfikir bahawa harga gula di sabah dan sarawak lebih 10 sen selama ini disebabkan oleh kos pengangkutan dari semenanjung ke sabah dan sarawak.

selepas tahun baru cina,kebenaran tetap akan muncul.
janganlah kelam kabut akibat terdengar akhbar angin orang ramai.

gerhana matahari pada 26.1.2009!(hari pertama tahun baru cina)

saya telah kehilangan peluang untuk melihat fenomena semula jadi ini.
bukan saya lupa atau sebab lain yang menimbulkan masalah tersebut.

saya tidak dapat mengikuti fenomena ini disebabkan hari hujan di kawasan sibu.
mana dapat lihat ni pada hari hujan kerana matahari dikepu oleh awan yang gelap lagi tebal.
lagipun,sibu yang mengalami masalah banjir ini telah mematahkan hasrat orang ramai di sibu untuk menonton ciptaan mulia alam semula jadi ini.

fenomena kali ini luar biasa disebabkan berlaku pada hari pertama tahun baru cina.
jadi,saya mesti tunggu 38 tahun lagi baru dapat melihat fenomena ini.
saya berasa cemburu kerana orang ramai di kawasan lain dapat mengikuti kejadian semula jadi tersebut!

Isnin, Januari 26, 2009

banjir berlaku di sibu semalam dan pada hari pertama tahun baru cina.

masa kini,sibu selalu menghadapi 2 kali masalah banjir dalam masa sebulan.
puncanya ialah sungai rejang yang semakin cetek dan air pasang pada musin tertentu.
sebab utama sungai rejang semakin cetek ialah hakisan tanah di kawasan penebangan pokok balak dan hanya satu syarikat gorek pasir diberi lesen.
harap-harap projek saluran air dan benteng sungai perlu dipercepatkan demi kebaikan dan kepentingan penduduk sibu di kawasan redah.

bilakah tun mahathir menyertai semula parti umno???

tun mahathir dan isterinya telah keluar umno pada 19 may 2008.
beliau kecewa terhadap pencapaian pak lah dalam pilihanraya ke 12 dan dasar yang dilaksanakan oleh beliau.
beliau berjanji hanya akan masuk semula umno apabila pak lah turun dari jawatan sebagai pm.

tidak lama lagi,pak lah akan digantikan oleh najib.
tunggu dan lihat sama ada tun mahathir akan masuk semula umno tak.
kerana beliau tinggal umno bukan kerana tidak cinta umno.
beliau cuma tidak puas hati dengan pimpinan abdulah.

selain itu,beliau juga merupakan ahli pertama yang menubuhkan parti umno baru.
isterinya berkas umno kedua.
beliau masih berpengaruh dalam umno walaupun beliau sudah keluar umno.
beliau pasti ingin menjadi penasihat peribadi najib apabila beliau masuk semula umno.
kerana beliau merupakan seseorang yang inginkan perhatian orang ramai dan mahu menghidupkan umno semula.

adi,jtunggulah bulan march,hari abdullah meletak jawatan ketua umno,ketua bn dan pm,mahathir pasti akan menyertai semula parti tersayangnya,parti umno.

Ahad, Januari 25, 2009

masih ada debat calon ketua pemuda umno lagi tak???

sebelum ini,khairy menjemput khir toyo berdebat secara siaran langsung.
khir toyo telah menerima jemputannya.
satu calon lagi iaitu:mukhriz telah menolak jemputan tersebut.

selepas jemputan ini dipastikan,ketua pemuda umno,hishamuddin,telah muncul muka.
beliau mahu kedua-dua calon yang mahu debat itu berbincang dengan beliau dulu sebelum berdebat secara siaran langsung.

setelah permintaan dan suara ini muncul,debat tersebut telah hilang beritanya.
tiada orang luar tahu perkembangan debat ini.
harap-harap debat ini dapat diadakan seperti yang dirancangkan.

perlaksanaan hukum hudud sesuai di malaysia?

isu hukum hudud sering disebut di kalangan orang melayu dan golongan muslim di malaysia.
terutamanya parti pas di malaysia.

hukum hudud ini memberi pandangan serong di kalangan kaum cina.
golongan cina takut tidak dapat lagi minum arak,judi dan makan daging babi.
selain itu,hukum hudud mementingkan hukuman baling batu dan potong tangan,kaki dan lidah juga menakutkan orang ramai walaupun mereka bukan pesalah.

hukum hudud ini mempunyai kelonggaran bagi orang yang melakukan kes rogol,liwat dan seks sebelum kahwin.
mangsa dan golongan wanita turut menjadi pesalah jika tiada bukti dan 4 orang saksi yang menunjukkan kebenaran dan hakikat.
saksi tersebut perlu berhemat dan bermoral tinggi.
orang yang melakukan kes tersebut mempunyai ruang yang banyak untuk melepaskan diri kecuali mengakui kesalahan sendiri.

cuba fikir,mana mungkin orang akan membiarkan kejahatan berlaku terhadap seseorang tanpa bersuara dan melarangnya.
lagipun,penjahat juga bukan orang yang bodoh dengan melakukan niat jahatnya di hadapan orang ramai.
jadi,golongan terpaksa diam diri dan turut menghadapi semua ini keseorangan.

semua ini melanggar hukum dan teori keadilan dan saksama dalam bacaan al-quran.
golongan ulama dan pengkaji islam masih mengikut tradisi lama yang diamalkan beribu-ribu tahun.
mereka tidak mahu melakukan perubahsuaian dan menerima pendapat orang ramai.
bagaimana hukum yang adil lagi saksama dapat dihasilkan demi kepentingan bersama.

banyak soal mahu dikaji dulu sebelum menwujudkan hukum hudud di kalangan masyarakat.
  • kepentingan golongan bukan islam dalam perlaksanaan hukum hudud.
  • siapa mengurus dan mengetuai mahkamah hukum hudud.
  • kewujudan mahkamah civil.
  • kelonggaran hukum hudu.
  • kepentingan golongan wanita.
  • perubahsuaian hukum hudud.
cubalah buka ruang untuk menyesuaikan hukum hudud dengan hukum hidup kemanusiaan.
jangan taksir dan mengikut bulat-bulat dalam al quran.
walaupun ia dipercayai datang dari tuhan.
mana ada benda yang tidak berubah dan tidak bergerak di dunia ini.
kecuali benda itu ialah pemikiran diri sendiri.

harap-harap golongan yang bergiat-giat dalam melaksanakan hukum hudud ini dapat menimbangkan kepentingan pihak lain sebelum melaksanakannya.
jika tidak,keadaan yang aman damai yang ada sekarang mungkin akan menjadi kacau bilau atas kelakuan yang mementingkan diri sendiri.

Sabtu, Januari 24, 2009

balik rumah,balik kampung atau balik china!!!

semasa tahun baru cina,orang cina balik rumah saudara mara atau rumah ibu bapa dan mertuanya.
semasa hari raya,kaum melayu balik kampung.
bangsa iban juga berbuat demikian.

dalam parlimen,mp bn selalu menyuruh mp kaum cina balik china.
tak mungkin la,abang.
kami ni memang warganegara malaysia!
lahir sini,tinggal sini,mati sini.

kalau kami mahu balik china,pihak china pun tidak akan menerima kami kerana china mempunyai terlalu banyak penduduk.
jumlah penduduk china adalah separuh daripada penduduk sedunia.
jadi,mp melayu,kamu boleh diam-diam.

janganlah suruh kami balik china kerana sesetengah daripada kaum melayu juga berasal daripada yunan,china.
jadi,kita semua ialah adik beradik walaupun berlainan bahasa digunakan.

hubungan istimewa antara amerika dengan israel-palestin dan gaza dengan hamas!

israel telah menyerang hamas di gaza atas alasan hamas sering menyerang israel dengan bom roket.
tetapi tindakan israel telah banyak mengorbankan nyawa orang palestin.
kerana golongan hamas sembunyi dalam golongan orang palestin.

golongan hamas sering mengganggu israel dengan roket kecil atas alasan israel telah banyak membuat sekatan dalam penghantaran barang keperluan dan senjata.
golongan hamas tidak diterima oleh kerajaan palestin walaupun menang majoriti dalam pilihanraya di gaza.
kerana hamas dianggap pasukan pengganas oleh amerika.

dalam peperangan ini,amerika nampahnya sokong diam-diam di belakang amerika.
kerana golongan yunani merupakan golongan yang memainkan peranan penting dalam ekonomi amerika.
presiden obama juga berasa tidak puas hati kerana israel selalu diganggu oleh hamas.
beliau memberi contoh:rumah belakang sendiri sering dikacau oleh orang dan telah mengganggu anaknya daripada tidur.
beliau pasti akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memperhentikan gangguan tersebut.

isu ini tiada kaitan dengan agama.
tetapi ialah isu keluasan tanah.
golongan israel mahu meluaskan kawasannya supaya dapat membina semula negara israel.
walaupun kawasan yang lebih luas telah diperolehi,tetapi masih belum puas hati.
kawasan penting dijaga oleh pihak neutral pendiriannya.
mungkin kedua-dua pihak inginkan tanah tersebut.

israel mengambil keputusan untuk bertindak sekarang ialah mahu uji tindakan pertukaran kerajaan baru amerika.
selain itu,tekanan piliharaya yang akan tiba juga membebankan pihak kerajaan untuk menyerang balik atas menjamin keselamatan orang israel.
kalau tidak berbuat demikian,pihak pembangkang pasti akan menggunakan isu ini untuk menyerang pihak kerajaan israel.

nasib baik,israel telah memperhentikan tindakan masuk lagi ke kawasan gaza sebelum upacara presiden baru.
ini telah menunjukkan kehormatan israel terhadap amerika.
kerana amerika juga mengunding undi tarik diri semasa masyarat besar pbb.
inilah balasan israel kepada amerika-sebagai rakan setugas.

janganlah mementingkan kepentingan diri sendiri dengan mengorbankan nyawa dan hak orang lain.
kerana kita semua sama-sama ialah manusia.
biarlah permuafakat menjadi perantaraan kita semua!

presiden baru amerika syarikat-barack husein obama!

barack hussein obama telah muncul sebagai harapan baru bagi pertukaran imej baru bagi amerika syarikat yang berada dalam krisis ekonomi dan medan peperangan mental.

sesetengah pendirian obama adalah sama dengan presiden lama,george w.bush.
seperti:pendirian dalam peperangan israel terhadap palestin,isu pengunduran dari iraq dan isu hantar lebih banyak askar ke afghanistan.

pendirian yang berbeza dengan presiden lama ialah penutupan penjara guantanamo,membenarkan penguguran bayi,membekalkan perbelanjaan baru,mengenakan cukai yang lebih tinggi,membekalkan perkhidmatan perubatan yang percuma,berunding dan mengadakan perbincangan dengan negara islam.

semua ini merupakan perubahan yang positif.
tapi peluang untuk menjayakannya adalah tipis.
harap-harap kakitangan dan pembantu obama dapat meringankan kerja dan beban obama dalam usaha menuju ke amerika baru lagi cerah.

beliau menang besar dalam pilihanraya dan mendapat sambutan yang tinggi daripada rakyatnya.
harap beliau benar-benar berkualiti dan berkemampuan walaupun masih muda.
jangan bertindak macam presiden korea dan taiwan-menang cantik dalam pilihanraya dan mendapat sambutan baik daripada rakyat jelata.
tetapi,melaksanakan sistem yang menimbulkan kemarahan rakyat jelata dan lambat melaksanakan perubahan yang dijanjikan.

orang ramai,sila ingat obama juga merupakan seorang manusia.
beliau bukan makhluk berkuasa tinggi atau dewa.
beliau mungkin berpengaruh dalam memberi ucapan tapi usaha dalam pelaksanaan adalah berbeza dengan teori dan buah fikiran.
biarlah masa menentukan pretasi beliau.

pasukan bola sepak malaysia dengan ketua jurulatih!

pasukan bola sepak malaysia telah kalah 5-0 kepada pasukan uae dalam perlawanan kemasukan piala asia.

menurut ketua jurulatih pasukan bola sepak malaysia,punca utama kekalahan ialah kemahiran dan tenaga permain malaysia belum capai peringkat antarabangsa.
hanya 3 orang benar-benar layak menyertai perlawanan jenis ini.

selain itu,permain pasukan malaysia juga kekurangan masa rehat yang mencukupi kerana terpaksa menemui pasukan uae selepas perlawanan super malaysia.
ketua jurulatih ini sudah bersiap sedia dipecat oleh pihak atasan majlis bola sepak malaysia.

sebelum permulaan sesuatu perlawanan,ramai warga malaysia telah bersiap sedia bahawa pasukan bola sepak malaysia pasti akan kalah.
cuma tidak tahu mahu makan berapa biji telur.

pada permulaan perlawanan,pasukan malaysia pasti akan berwaspada dalam pertahanan.
tapi mereka akan menjadi cemas apabila dimasuki satu bola.
selepas itu,nahaslah pasukan malaysia dibelasah oleh pasukan negara lain.

bilakah musin bunga pasukan bola sepak malaysia tiba lagi.
sudah lama malaysia kehilangan kecemerlangan ini.
nampahnya harimau masa lampau sudah hilang giginya.
sekarang cuma tinggal harimau yang tua lagi cendera.
(gaji pemain bola sepak sering dihutang,pastilah kehilangan semangat untuk berjuang dan bertahan.)

gong xi fa cai bermaksud......

kaum cina masak dengan maksud perkataan "gong xi fa cai".
tapi,kaum lain cuma tahu baca,tak tahu maksud sebenarnya.

saya pernah kawan melayu mengenai maksud perkataan tersebut.
mereka menganggap perkataan itu membawa maksud seperti perkataan perayaan lain.
iaitu membawa maksud 'selamat hari......"
mereka tidak tahu perkataan itu membawa maksud 'tahniah kerana kaya-raya.'

jadi,saya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan makna perkataan"gong xi fa cai",supaya semua kaum di malaysia dapat mengetahui erti sebenarnya perkataan tersebut.

penurunan harga petrol akan berlaku jika......

menurut menteri perdagangan,harga petrol bulan januari tetap kekal rm1.90 kerana harga purata masih melebihi rm40.
harga akan tetap dan tidak berubah jika purata harga minyak sedunia berada di antara rm40 hingga rm78.

jika harga minyak sedunia mencapai purata harga minyak sedunia di bawah rm40,5 sen akan diturunkan lagi bagi harga petrol di malaysia.
nampahnya bulan februari mempunyai peluang besar untuk menikmati penurunan petrol tersebut.

tunggulah pengumuman menteri perdagangan pada permulaan bulan februari.

topi keledar dan tali pinggang keledar...

mulai tahun ini,semua pengguna jalan raya terutamanya penumpang belakang kereta dan penunggang motosikal dihedaki memakai tali pinggang keledar dan topi keledar penuh.

topi keledar separuh dan topi keledar basikal dilarang guna oleh penunggang motosikal.
topi keledar yang digunakan tidak boleh melebihi had masa 5 tahun.
3 orang penunggang belakang kereta harus memakai tali pinggang keledar jika terdapat 3 tali keledar belakang dipasang.

peraturan jenis ini boleh menjaminkan keselamatan pengguna jalan raya.
sebenarnya peraturan jenis ini haruslah diketatkan sejak dulu lagi.
bermulalah sekarang sebelum terlambat.

sayangilah nyawa sendiri dan ahli keluarga anda!
jangan biar kepuasan dan keselesaan anda menjadi kesusahan dan kesedihan orang lain.
jangan banyak beri alasan!
biarlah selamat dan nyawa terjamin.

hujan lebat,tanah runtuh,jalan runtuh,banjir kilat...

semua ini berlaku di sarawak semasa angin monsoon bertiup kencang dan hujan berlebihan semasa akhir dan permulaan tahun.
  • hujan berlebihan sehingga 200-210 liter di sibu.
  • tanah dan jalan runtuh di miri,bintulu dan sebagainya.
  • banjir kilat berlaku di kuching dan jalan sentosa di sibu.
semua ini adalah berkaitan.
berkaitan dengan kitaran alam semesta dan kegiatan manusia.
terutamanya penebangan kayu balak secara besar-besaran dan tiada rancangan pemulihan yang sepatutnya diadakan telah menyebabkan ancaman jenis ini semakin berleluasan.

aktiviti mengolek pasir dan hakisan tanah di sungai rejang tidak dibuka luas dan hanya satu syarikat diberi lesen sah.
sistem pengairan yang tidak sistematik dan pembesihan longkang yang kurang kerap juga merupakan salah satu puncanya.

selain itu,empagar dan taduhan air juga banyak mengancam pertumbuhan flora dan fauna.
keadaan ini menyebabkan pengaliran air hujan semakin deras jika kawasan bukit atau gunung dibiarkan "botak".

harap-harap keadaan ini dapat diambil berat dan langkah pemulihan dapat disegerakan.
kerana banyak kejadian sedih disebabkan oleh kegiatan manusia yang tamak lagi kejam.

naib pm,datuk najib telah memberi bantuan ihsan sebanyak rm500 kepada 3175 orang mangsa banjir di kuching semalam.
saya berharap agar 'jalan kuda' atau lubang jalan di kawasan sibu,bintulu,kuching dan miri dapat dinaiktaraf.
janganlah hanya mengisi lubang jalan sahaja.

kami bukan pengemis.
sebaliknya ialah pembayar cukai kepada pembangunan negara.

Sabtu, Januari 10, 2009

calon bebas parlimen kuala terengganu!!!

calon ini,Azharudin Mamat @ Azam,merupakan seorang doktor tradisi setelah mendapat ilham daripada tuhan apabila beliau pergi mekah pada 4 tahun yang lalu.
selain itu,beliau juga merupakan seorang kontraktor kelas f.
beliau mempunyai sijil bioteknologi makanan dari universiti pertanian.

kutipan dan bayaran perubatan tersebut akan digunakan oleh beliau dalam usaha membantu orang miskin dengan pemberian beras.
setiap bulan,beliau akan memberi 5-10kg beras kepada 3-4 buah keluarga.
beliau memulakan usaha ini pada 5 tahun yang lalu.

beliau telah menyediakan rm25000 sebagai penyediaan kempen pilihan raya dan rm5000 adalah daripada bantuan kawannya.
janji beliau menang dalam pilihanraya ini ialah menggunakan gaji ahli parlimen sebagai pemberian beras kepada 300-400 buah keluarga miskin di kawasan kuala terengganu dekat masjid.
jika beliau gagal dalam pilihanraya,beliau masih akan meneruskan usahanya dalam pemberian beras kepada keluarga miskin.

nampahnya,beliau lebih sesuai menjadi dermawan daripada ahli parlimen.
kerana beliau kurang memberi perhatian terhadap apa jua isu dan bidang di sekelilingnya dan tiada hasrat untuk membawa perubahan dari segi pentadbiran kerajaan.
harap-harap beliau masih mempunyai hasrat yang kuat dan tegas dalam usaha membantu orang miskin selepas pilihanraya.
janganlah jadikan janji dan usaha lama awak menjadi angin yang bertiup kencang!

siaran langsung pendirian malaysia dalam isu israel dengan palestin di rtm1.

malaysia akan mengadakan parlimen khas pada hari isnin atas panggilan pm abdullah badawi.
siaran langsung akan dimulakan pada 1.30pm di rtm1
saya pasti akan mengikuti siaran langsung walaupun biasanya masa ini adalah khasnya untuk saya membaca 6 naskah suratkhabar.
lihatlah apa fungsi parlimen dalam menyuarakan pendirian di mata dunia.

hari ini merupakan hari terakhir untuk saya mengemaskinikan blog saya!!!

hari ini merupakan hati terakhir untuk mengemaskinikan blog saya.
kerana adik saya mahu membawa laptop ini pergi ips untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang penguruan.
dia akan kembali pada 25 januari.
jadi,saya hanya akan mengemaskinikan blog saya pada hari itu.
tinggallah komen anda jika anda mempunyai pendapat terhadap saya.
apa-apa komen anda akan saya terima dengan hati yang terbuka.