Ahad, Januari 25, 2009

perlaksanaan hukum hudud sesuai di malaysia?

isu hukum hudud sering disebut di kalangan orang melayu dan golongan muslim di malaysia.
terutamanya parti pas di malaysia.

hukum hudud ini memberi pandangan serong di kalangan kaum cina.
golongan cina takut tidak dapat lagi minum arak,judi dan makan daging babi.
selain itu,hukum hudud mementingkan hukuman baling batu dan potong tangan,kaki dan lidah juga menakutkan orang ramai walaupun mereka bukan pesalah.

hukum hudud ini mempunyai kelonggaran bagi orang yang melakukan kes rogol,liwat dan seks sebelum kahwin.
mangsa dan golongan wanita turut menjadi pesalah jika tiada bukti dan 4 orang saksi yang menunjukkan kebenaran dan hakikat.
saksi tersebut perlu berhemat dan bermoral tinggi.
orang yang melakukan kes tersebut mempunyai ruang yang banyak untuk melepaskan diri kecuali mengakui kesalahan sendiri.

cuba fikir,mana mungkin orang akan membiarkan kejahatan berlaku terhadap seseorang tanpa bersuara dan melarangnya.
lagipun,penjahat juga bukan orang yang bodoh dengan melakukan niat jahatnya di hadapan orang ramai.
jadi,golongan terpaksa diam diri dan turut menghadapi semua ini keseorangan.

semua ini melanggar hukum dan teori keadilan dan saksama dalam bacaan al-quran.
golongan ulama dan pengkaji islam masih mengikut tradisi lama yang diamalkan beribu-ribu tahun.
mereka tidak mahu melakukan perubahsuaian dan menerima pendapat orang ramai.
bagaimana hukum yang adil lagi saksama dapat dihasilkan demi kepentingan bersama.

banyak soal mahu dikaji dulu sebelum menwujudkan hukum hudud di kalangan masyarakat.
  • kepentingan golongan bukan islam dalam perlaksanaan hukum hudud.
  • siapa mengurus dan mengetuai mahkamah hukum hudud.
  • kewujudan mahkamah civil.
  • kelonggaran hukum hudu.
  • kepentingan golongan wanita.
  • perubahsuaian hukum hudud.
cubalah buka ruang untuk menyesuaikan hukum hudud dengan hukum hidup kemanusiaan.
jangan taksir dan mengikut bulat-bulat dalam al quran.
walaupun ia dipercayai datang dari tuhan.
mana ada benda yang tidak berubah dan tidak bergerak di dunia ini.
kecuali benda itu ialah pemikiran diri sendiri.

harap-harap golongan yang bergiat-giat dalam melaksanakan hukum hudud ini dapat menimbangkan kepentingan pihak lain sebelum melaksanakannya.
jika tidak,keadaan yang aman damai yang ada sekarang mungkin akan menjadi kacau bilau atas kelakuan yang mementingkan diri sendiri.

Tiada ulasan: