Isnin, Januari 05, 2009

hubungan kekeluargaan,itu benda aneh!

kita seperti pemburu mencari binantang dalam hutan.
banyak faktor akan mempengaruhi hasilnya dalam pemburuan seperti: hubungan-hubungan dengan pemburu lain,faktor fizikal,mentah,dalaman dan luaran.
sebagai manusia,kita pasti tidak dapat lari daripada hubungan dengan orang lain dalam perkara tertentu.
hubungan yang saya mahu bincang hari ini ialah hubungan kekeluargaan.

ada hubungan,pasti wujudnya pembalahan.
hubungan kekeluargaan ini adalah penuh dengan perlawaan dan tiada ketentuan dalam hidupan harian.
walaupun hubungan kekeluargaan ini lebih erat daripada hubungan dengan orang lain,tapi peristiwa kurang gembira masih timbul dan wujud dalam hidupan harian.
hal ini disebabkan kita terlalu berkira dalam segala perkara dan mahu mempertahankan hak atau adanya kepentingan peribadi dalam kehidupan bersama.
walaubagaimanapun,ahli dalam keluarga tersebut masih teguh untuk hidup bersama.

banyak perkara tidak boleh diambil kira,kita terpaksa menyelesaikannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan cara bertolak ansur menerusi pemuafakaan dan pembincangan secara tenang.
janganlah bertindak secara buta tuli dan beremosi.
walaupun pergaduhan mulut memang tidak dapat dielakkan,tapi kita mesti mengelakkan pembalahan mulut menjadi pergaduhan tangan dan kaki.
cubalah bertenang dan mengawal perasaan atau emosi anda!
janganlah membawa perasaan kurang sedap dan emosi negatif anda hingga hari akan datang.

pendapa-pendapat yang disebut di atas adalah pengajaran saya dalam hidupan realiti iaitu rebut untuk rancangan tv yang diminati,makanan yang digemari dan sebagainya.
walaupun perkara ini kecil,kalau tidak dibawa pembincangan secara bertolak ansur pastilah hubungan ahli keluarga akan terjejas.

kami selalu berlawan tapi masih mahu hidup bersama.
inilah tempat anehnya!
kerana darah lebih erat daripada air.

Tiada ulasan: