Selasa, Januari 06, 2009

rancangan khas rtm-laporan pilihan raya kecil parlimen kuala terengganu (p036) !!!

laporan pilihan raya kecil parlimen kuala terengganu (p036) telah disiarkan secara langsung semalan pada pukul 10:30pm hungga 11pm.
ini telah memenuhi para penontan yang suka mengikuti arus dan laporan baru politik malaysia.

dalam rancangan tersebut,rtm telah menjemput tertamu khas iaitu:pengurus felda untuk memuji usaha kerajaan negeri dan persekutuan dalam memajukan sektor perhotelan di terengganu.
saya berasa tertamu ini kurang ikhlas kerana beliau menjawab sesetengah soalan dengan mengikut kertas jawapan yang disediakan.
kalau soal tentang fakta bilangan atau fakta yang rumit,itu saya tak kisah.

pi,tetasesetengah soalan yang dijawabnya betul-betul penuh dengan perasaan ikhlas dan berterima kasih terhadap kerajaan kerana beliau tidak merujuk kepada kertas jawapan yang disediakan dan beliau menjawab soalan dengan lancar.
itulah yang saya dapat rasakan menerusi tatasusila dan tingkah laku seseorang penyampai.

dalam perkara yang disebut di atas,saya berasa kecewa kerana luahan hati seseorang bukan bergantung kepada kertas jawapan yang disediakan.
luahan hati seseorang adalah dari pemikiran dalaman dan perasaan ikhlas seseorang.
kertas jawapan cuma bantuan atau panduan bagi seseorang untuk mengingati point penting.

selain itu,pengacara telah membuat bandingan undian bn dan pas dapat dalam pilihan raya yang lepas dan tahun 2004 dan 1999.
beliau mengutamakan kepentingan bn dengan menyatakan undian bn yang didapati pada 308 bukan sangat teruk walaupun bn telah mengalami tsunami politik di seluruh malaysia.
sebaliknya sesetegah pengundi telah kembali mengundi bn.
beliau menegaskan soal ini banyak kali dengan menghuraikan beberapa kawasan yang menunjukkan perkembangan tersebut.

biarlah hakikat jadi kebenaran!
cubalah adil dan saksama dalam menyatakan sesuatu fakta.
rakyat dan pemerhati politik pasti tahu apa yang betul dan apa yang telah diubahsuaikan.
harap-harap rtm dapat memberi imej dan pendirian yang lebih tulen dan neutral dalam mana-mana soal tentang kepentingan orang ramai.

Tiada ulasan: