Jumaat, Januari 02, 2009

muka baru tv1 dan tv2!!!

mulai 1.1.2009,tv1 akan menjadi tumpuan utama berita harian,berita segera dan informasi.
tv2 pula menjadi siaran hiburan dan drama-drama siri.
ini merupakan berita baik untuk warganegara malaysia kerana kerajaan mula mencontohi negara maju.
inilah masa untuk warganegara malaysia menukarkan tumpuan mereka ke atas saluran siaran malaysia.

saya berasa gembira kerana menteri penerangan telah banyak berusaha untuk meningkatkan imej saluran rtm.
selain itu,rtm juga merancang untuk memperbanyakan siaran sehingga 10 saluran pada tahun 2010.
harap-harap misi ini dapat dijayakan pada tahun yang dirancangkan dan jangan-jangan hanya janji manis sahaja.
kerana saluran siaran malaysia banyak mengalami saingan daripada saluran tv luar negara terutamanya satelit tv china.

apabila saya mengikuti berita mandarin pada pukul 8 malam,saya berasa terkejut lagi gembira.
kerana muka baru berita tersebut telah menunjukkan usaha pekerja-pekerja belakang rtm.
imej juga lebih jelas dan terang daripada siaran dulu.
mungkin ini adalah usaha rtm meningkatkan saluran rtm menjadi digital dan peralatan-peralatan yang semakin canggih.
selain itu,saya juga berharap agar ntv7,8tv dan 9tv dapat diperluaskan dari semenanjung malaysia ke kawasan pendalaman sabah dan sarawak.
janganlah mengabaikan kepentingan anak sarawak kerana kita semua sama-sama merupakan anak malaysia selepas 16.9.1963.

saya merupakan peminat setia rtm.
rancangan yang saya ikuti:
  • siaran langsuang parlimen pada pukul 10am
  • berita mandarin pukul 12pm
  • drama siri pukul 7pm
  • free talk atau what say you pukul 7pm hari ahad
  • berita mandarin pukul 8pm
  • berita tv3 pukul 8.15pm
  • blog pukul 8.45pm hari ahad
  • drama siri melayu pukul 9pm
  • movie bahasa cina dan inggeris pukul 10pm
  • laporan parlimen pukul 11pm
  • siaran langsung sukan,programe khas
  • lain-lain.

Tiada ulasan: