Khamis, Januari 01, 2009

kaedah cuba-cuba!

saya selalu mendegar keluhan daripada orang ramai terutamanya daripada kaum cina dalam usaha menceburi diri dalam sektor kerajaan adalah sangat sukar.
peluang pekerjaan kerajaan ini adalah susah didapati kerana banyak kuota telah ditetapkan untuk kaum bumiputra dan kaum melayu.
ini adalah pandangan kaum yang ditepikan-kaum cina dan india.
tapi,ini mungkin adalah pandangan serong dan kurang benar dengan realiti.
jadi,saya mahu guna kaedah cuba-cuba untuk menguji kesahihan pandangan tersebut.

saya mendapati iklan tentang peluang pekerjaan kerajaan menerusi suratkhabar bahasa inggeris:eatern times.
mungkin inilah salah satu sebab peluang untuk kaum cina mendapat peluang pekerjaan kerana iklan jenis ini susah didapati dalam suratkhuratkhabar bahasa cina.
selain itu,iklan juga disiarkan dalam suratkhabar bahasa melayu:utusan.
jadi,kita mestilah memerhati suratkhabar pelbagai bahasa jika mahu mendapat pekerjaan dan tender kerajaan.
inilah kelebihan kaum cina dalam kemahiran dari segi bahasa.

sebenarnya,gaji tetap kerajaan adalah jauh lebih tinggi daripada bidang swasta.
biasanya kerani biasa swasta hanya mendapat gaji rm400.
dalam sektor kerajaan,kerani pula mendapat pendapatan rm600.
ini belum kira elaun lagi.
lagipun,masa pekerjaan kerajaan lebih pendek kerana hari sabtu minggu pertama dan ketiga tidak kerja.
hari perayaan muslin juga diberi cuti.

dalam bidang swasta,banyak penipuan dan tindasan berlaku ke atas pekerja lepasan sekolah dan kurang pengalaman.
mereka dibebankan dengan banyak kerja dan dibayar dengan gaji yang kurang berpatutan.
inilah pengalaman saya dalam menceburi diri sebanyak 4 tahun dalam sektor swasta.
selain itu,beban kerja juga akan semakin hari semakin bertambah.
bukannya sektor swasta tiada kebaikan.
sektor swasta mempunyai peluang naik pangkat yang lebih banyak daripada sektor kerajaan.
peluang mendapat kerja dalam sektor swasta juga jauh lebih tinggi daripada sektor kerajaan kerana pengaliran pekerja jauh lebih tinggi daripada sektor kerajaan.

kerja yang saya mohon ialah pembantu pepustakaan,pembantu penilaian,pekerja rendah awan khas dan pekerja rendah awan dalam survei.
saya tidak akan menceburi diri lagi dalam sektor swasta lagi.
kerana sektor ini banyak memberi pandangan buruk kepada saya.
jadi,kali ini saya cuba nasib dalam sektor kerajaan.
jika tidak memperoleh peluang tersebut,saya akan membuka gerai "satu soalan satu ringgit;tiada jawapan tiada bayaran. atau menulis karangan kepada ruang suratkhabar.

Tiada ulasan: