Isnin, Januari 05, 2009

bilakah harga petrol menurun lagi?

hari ini sudah 5 hari bulan januari.
harga petrol tetap rm1.80.
harga minyak sedunia sekarang sudah hampir rm48.
harap-harap harga tersebut turun lagi supaya rakyat jelata mempunyai wang berlebihan untuk memenuhi keperluan harian.

besok ialah hari penamaan pilihan raya kecil parlimen kuala terengganu.
kalau harga petrol menurun pada besok atau hari kemudian,pastilah pihak pembangkang akan memainkan isu ini untuk menjatuhi muka bn.
kalau tidak turun harga,pihak pembangkang juga akan menggunakan isu ini 'menyerang' bn.

biarlah hakikat jadi kebenaran!
nasihat saya bagi pihak kerajaan ialah apa yang baik untuk orang ramai,laksanakan saja.
janganlah memainkan isu ini untuk kepentingan politik.
bagi pihak pembangkang,janganlah hanya tahu lawan atau larang polisi baik yang mahu dilaksanakan oleh pihak kerajaan atas kepentingan politik sendiri.
sokonglah sesuatu perlaksanaan jika betul-betul bermanfaat untuk rakyat jelata.

harga turun,kesusahan dan beban rakyat pasti akan menjadi lebih ringan.
umunlah apa keputusan dan tinjauan kerajaan terhadap harga petrol terkini kepada rakyat.
rakyat pasti akan memahami perjelasan kerajaan yang ikhlas lagi benar.
kerana api tidak dapat dibalut oleh api.

Tiada ulasan: