Sabtu, Jun 07, 2008

ular berkepala dua atau lompatan katak?

aku bukan ular berkepala dua.
saya cuma neutral dalam politik.

setiap parti politik adalah tidak sempurna.
ada kelebihan dan kelemahan dalam sistemnya.
ini disebabkan orang yang ada dalamnya kurang sempurna.
jadi,saya hanya terima saja apa yang mereka bahagi dan rancangkan.

jangan cakap banyak.
semua adalah di bawah rancangan.
rancangan orang yang sama taraf.
cuma kedudukan yang berbeza di antara kita.
kami cuma "tikus putih"di bawah pemerintahan mereka.

apa yang baik,nikmat saja;
apa yang lemah,terima saja.
jadi seorang manusia bukannya senang.
jika mahu jadi manusia yang berakhlak tinggi,lagi susah!

jadi,banyak manusia melepaskan maruah mereka,
mahu jadi ular berkepala dua atau lompat macam katak.
ini memalukan kita sebagai manusia di sekitarnya.
apatah lagi manusia yang sokong anda.
kamu betul-betul mahu kecewakan peminat andakah?

jangan jadi "binatang"atau "haiwan".
jadilah orang bebas,lagi baik daripada jadi ular dengan katak.
ini adalah kerana kerana haiwan tidak sama taraf dengan manusia.
demi maruah diri dan taraf manusia,teruskan perjuangan anda dalam perjalanan manusia.

berjuang untuk hidup bermaruah!
berusaha untuk hari yang lebih baik!
berkhidmat untuk rakyat jelata yang hidup dalam kesusahan!
berkorban untuk generasi yang akan datang ke dunia yang penuh kesesakan ini.
ini semua kejayaan ialah seekor ular berkepala dua dan lompatan katak yang tidak dapat capai.

Tiada ulasan: