Isnin, Jun 09, 2008

terima kasih!

terima kasih.
kerana memberi bantuan awal kepada rakyat yang di bawah golongan kurang kemampuan.
memberi subsidi minyak untuk rakyat pada hari sabtu ini.

terima kasih.
kerana memberitahu rakyat bahawa harga minyak tidak akan naik sebelum april 09.
memberi masa untuk rakyat bersedia menghadapi krisis naik harga.

terima kasih.
kerana mengehadkan perbelanjaan kabinet menteri dan kakitangan kerajaan.
memberi arahan yang menjimatkan kos untuk mengelakkan pembaziran.

tetapi kemarahan rakyat masih ada dan belum reda.
kerana rancangan dan jadual masa kerajaan dalam penaikan harga minyak adalah tidak sempurna.
dilaksanakan dalam keadaan yang cemas dan terburu-buru.

sebelum ini,menteri menyatakan bahawa harga minyak akan naik pada ogos ini.
masa itu,saya puji menteri tersebut kerana memberi masa untuk rakyat bersedia untuk menghadapi krisis tersebut.
tetapi pm tiba-tiba menaikan harga pada hari yang kemudian.
cakap tidak sama bikin telah mengecewakan saya.
saya tarik balik pujian saya terhadap tindakan menteri tersebut.

walaubagaimanapun,saya sokong mengurangkan subsidi ke atas minyak.
jangan labur dalam pembelanjaan pengguna harian sahaja.
cuba melaburkan subsidi tersebut ke atas projek dan rancangan yang mendatangkan faedah bersama.

beban ini tidak patut ditanggung oleh kerajaan sahaja.
tetapi semua rakyat ada tanggungjawab sendiri.
sama kita tanggung,beban berat itu menjadi senang dipikul.

terima kasih untuk pihak yang benar-benar menimbangkan faedah bersama.
terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam perancangan tersebut.
sekian terima kasih.

Tiada ulasan: