Rabu, Jun 04, 2008

saya tidak mahu bergantung kepada hubungan.

banyak orang suka bergantung kepada hubungan seseorang untuk mendapat sesuatu.
namun,saya mahu bergantung kepada kebolehan dan kemampuan yang ada pada diri sendiri.

apabila kita ada hubungan dengan orang lain,
kita akan hilang keadilan dan saksama dalam pertimbangan.
kita akan menuju ke arah perasaan dalam membuat sesuatu keputusan.
membuat keputusan tanpa mengikut prinsip sebenar.

tapi,tiada hubungan dengan orang lain juga menyusahkan seseorang dalam perjalanannya.
dia perlu meluangkan lebih banyak masa dan tenaga untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
orang lain juga memandang rendah dan kurang hirau orang sebekini.
mereka akan menganggap dia seorang yang pelik dan sukar didekati.

jadi,kita mesti seimbang dalam pemilihan hubungan dengan orang lain.
berhati-hatilah dalam pemilihan hubungan dengan orang lain.
berhubung dengan orang yang berprinsip dan menjauhi mereka yang tidak tenguh dalam pendirian.

saya menerima kelebihan dan kelemahan sifat saya.
oleh itu,saya lebih berdikari dan saksama daripada orang lain.

Tiada ulasan: