Jumaat, Jun 20, 2008

jaga!jangan!

setelah pihak pembangkang menafikan 2/3 majoriti pihak kerajaan bn,
bidang politik malaysia pada masa kini semakin menuju ke arah bebas.

tapi keadaan ada sedikit kelam-kabut dan huru-hara,
apabila pihak pmbangkang menjadi kerajaan persekutuan dengan cara menarik ahli bn ke pakatan rakyat.

saya,sebagai rakyat malaysia,
tidak sokong tindakan pihak pembangkang ini.
kalau betul-betul berkualiti,tunggulah pr ke 13,
gunalah kuasa dan tenaga sendiri untuk membuktikan pakatan rakyat adalah berbeza dengan bn.

jagalah maruah diri!
jagalah kepentingan bersama!
jagalah keadilan yang ada dalam masyarakat!
jagalah kebebasan yang diberi daripadamelepasi batas!

jangan rosak nama bersih dan nama baik parti sendiri.
dengan mengikut cara 'lompatan katak' dan 'ular berkepala dua'.
rakyat tidak mahu yang berhormat menjadi haiwan atau binatang.

kalau beul-betul hilang keyakinan terhadap parti
dan menimbulkan perasaan kecewa terhadap pemimpin parti,
kamu patut meninggalkan parti tersebut dengan cara yang betul.
iaitu:meletak semua jawatan yang didapati dari parti.

jangan tinggalkan tali pada badan sendiri.
banyak orang akan serang anda jika tidak berhati-hati.
lebih baik lagi jika anda dapat menjadi ahli bebas sebelum menyertai parti bertentangan.

biarlah diri fikir masak dan rehat dulu.
memerhatikan gerak-geri dan asas politik pihak tersebut.
supaya anda dapat pasti inilah parti yang kamu mahu sertai.

jaga-jaga sebelum tersilap langkah!
jangan-jangan bertindak melepasi batas!

Tiada ulasan: