Sabtu, Jun 28, 2008

sila pikul tunggungjawab masing-masing!

isu larangan media massa dalam ruang parlimen telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan ahli parlimen bn-nazri aziz dengan ahli parlimen bintulu dan sabah.

ketiga-tiga yb ini memang panas barah setelah tidak sama pendapat dalam isu disebut di atas.
kemarahan bertambah teruk apabila nazri mengatakan bahawa perbuatan mp sabah yang mencabut tali larangan media massa tanpa kebenaran ialah perbuatan seorang gangster.
apabila beliau mengatakan bahawa kelab bn ini ialah kelab gangster,
nazri telah memalukan kelab bn dan ketua kelab bn.

nazri yang selalu bersifar panas barah ini telah menunjukkan pangkatnya dalam perselisihan ini.
beliau memandang rendah mp bintulu dengan mengatakan bahawa ketua kelab biasanya dipilih dalam kalangan ahli umno dan ketua kelab bn tidak berkuasa langsung.
nazri juga mencabar mp bintulu bercadang memecatkan jawatannya sebagai menteri dalam parlimen dalam mesyuarat akan datang.

yang saya tidak puas hati ialah orang yang memberi arahan larangan itu belum muncul diri untuk memikul tanggungjawab.
saya tidak tahu siapa yang mengeluarkan arahan larangan tersebut.
sama ada ialah yang dipertua,nazri sendiri atau ......???

sila berdiri dan jalan keluar!
yang saya rasa ialah yang dipertua yang mengeluarkan arahan tersebut.
kerana yang dipertua sendiri beliau ialah yang dipertua yang pertama dan yang terakhir dalam pengehadkan pergerakan ahli media massa.

kalau ialah yang dipertua salah,buat apa ketua kelab bn dan menteri nazri masih panas barah!
janganlah macam tu!kedamaian dalam kalangan ahli-ahli adalah paling penting.
mungkin mp bintulu dan sabah tidak puas hati apabila nazri memandang rendah ahli-ahli bn lain dan marah dengan sesuka hati.
macam marah ahli pembangkang.

nazri panas barah dalam isu tersebut bukan tiada sebab.
nazri rasa mp bintulu dan sabah menyalakan beliau dalam isu tersebut.
harap-harap nazri dapat bertenang dulu sebelum bersuara.
janganlah sangka sendiri berkuasa sangat.

yang saya rasa besar hati ialah masih ada ahli bn yang berani.
berani bersuara dan buat bantahan.
tapi kedamaian bersama adalah paling penting.
sila guna cara yang betul!

Tiada ulasan: