Ahad, Jun 01, 2008

adil dan saksama

orang yang bersifat demikian susah dipengaruhi dengan barang kebendaan.
mereka lebih mementingkan nama baik sendiri daripada tercemar.
jadi,orang yang bersifat adil dan saksama susah menceburi diri dalam bidang politik.

orang-orang dalam politik sering menidas orang yang bersifat adil dan saksama.
orang yang bersifat a & s sering diasingkan dan terpaksa bertindak seorang diri.
tanpa bantuan yang mencukupi,susahlah orang a&s berlangkah ke depan.
ini akan menyebabkan orang a&s hilang keyakinan dan semangat maju jaya.
usaha mereka terpaksa diabaikan dan ikut aliran politik.

sebagai manusia,kita susah mahu hidup dalam keadaan seorang diri.
kita mahu hidup dalam berkumpulan.
jadi,bagi mereka yang bersifat a&s terpaksa membuka mata dan mencari keluar orang yang sama jenis dengannya serta bergaul dengan mereka.
ini dapat membantu mereka menjauhi keadaan kehilangan sokongan.

orang yang a & s jarang di dunia ini.
mereka masih berjuang untuk mempengaruhi orang di sekelilingnya.
jadi,semangat tersebut perlulah kita amali demi kebaikan bersama.
sedikit demi sedikit,lama-lama jadi bukit.

orang yang a&s,janganlah mudah lepaskan sifat baik tersebut.
walaupun jarang orang menghargainya,
tapi inilah yang paling berharga dalam dunia ini.
kalau kehilangan keadilan dan saksama,
apa erti kita hidup lagi!

adil,saksama,
susah dicari dalam dunia ini.
tapi ada wujudnya golongan ini.

terimalah golongan ini.
berilah ruang untuk mereka bernafas.
berjuang untuk masa depan yang lebih cerah!

Tiada ulasan: