Sabtu, Jun 14, 2008

tunjuk perasaan!

bagaimana kamu tunjuk perasaan anda?
saya akan suara keluar jika saya ada perasaan yang tidak puas hati.
tapi saya tidak akan menimbulkan gangguan terhadap orang lain.
saya cuma mahu pihak berkenaan mengetahui perasaan saya.

saya berasa besar hati.
kerana pihak polis tidak lagi melarang pasukan tunjuk rasa.
sebaliknya mereka tolong buka jalan.
cuma klcc diblokkan dalam tunjuk perasaan baru-baru ini.
tapi sesetengah jenis tunjuk rasa masih diharamkan kerana penunjuk rasa disiasat soal.
ini memalukan kita sebagai negara yang demokrasi kerana mencabar hak manusia untuk bersuara dan berkumpul.

menteri hal ehwal dalam negara bercadang mahu menetapkan satu tempat untuk orang ramai tunjuk rasa.
saya bersetuju dengan cadangan ini.
cuma lokasi yang ditetapkan perlu mengutamakan keselamatan dan kepentingan pasukan tunjuk rasa dan orang ramai.
temapat yang saya cadangkan ialah padang,stadium sukan,......

soal permit juga perlu diberi perhatian.
kebanyakan masa,polis kurang neutral dalam soal tersebut.
kerana mereka jarang keluar permit untuk pasukan tunjuk rasa dari pihak pembangkang.
alasan yang diberi ialah keselamatan awan diutamakan,tidak mahu kesesakan lalu-lintas dan perkara tidak diingini berlaku.

jangan kamu semua pandang rendah terhadap pemikiran penunjuk rasa dan orang awan.
sikap polis mengamalkan sikap berat sebelah telah mempengaruhi pandangan orang ramai terhadap pasukan displin tersebut.
apabila pihak pembangkang menunjuk rasa,pasti polis mahu soal siasat pihak tersebut.
kalau ahli umno menunjuk rasa,mereka cuma beri amaran dan mendesak mereka bersurai dalam 10 mimit.
mungkin pihak pembangkang tidak berkerjasama dengan pihak polis semasa diminta bersurai dalam 10 minit,jadi polis terpaksa mengambil tindakan yang sepatutnya untuk meahan ketua dan pasukan tunjuk rasa.

tunjuk rasa tidak salah di sisi undang-undang kerana tunjuk rasa cuma mahu suara didengari oleh pihak tertentu dan meningkatkan kesedaran ahli masyarakat tentang sesuatu isu-isu semasa yang kurang mementingkan kebaikan bersama.

Tiada ulasan: