Sabtu, Jun 28, 2008

orang atasan banyak mendapat faedah!

had mendapat wang tunai dalam diskaun cukai jalan ialah maksimum 5 buah kereta.
saya mahu tanya adakah orang yang berpendapatan rendah dapat memiliki 5 buah kereta?

siapa yang mampu menjadi pemilik 5 buah kereta?
dan nama yang didaftarkan adalah nama sendiri?
orang kaya raya dan kenamaan baru mampu milih 5 buah kenderaan.
orang berpendapatan rendah macam ayah saya cuma ada sebuah motosikal dan kereta.
apa lagi orang berpendapatan rendah!

dasar ekonomi juga macam itu!
orang melayu yang dari golongan mana ada dapat manfaat dalam projek dan dasar tersebut.
cuma syarikat-syarikat besar dapat keuntungan dan manfaat sahaja.
macam projek tanam padi di sarawak,sime darby telah mendapat bahagia besar dalam projek itu.
bagaimana dengan petani-petani yang miskin?
mereka cuma dapat gaji rendah dan hasil rendah dalam projek tersebut.

yang saya tidak puas hati ialah cuma orang atasan banyak dapat faedah.
mungkin saya perlu terima ini.
kerana saya berada dalam negara malaysia.
yang saya mampu buat ialah menerima apa yang mementingkan kebaikan bersama dan menolak apa yang ketidakadilan.

Tiada ulasan: