Khamis, Jun 12, 2008

saya mahu kamu berdua-dua cakap dan buat sepakatan!

menteri memberitahu rakyat harga minyak akan dikekalkan sehingga 31.3.09.
tapi,pm memberitahu rakyat harga minyak tidak akan berubah sehingga akhir tahun ini.

cakap tidak sepakatan!
walaubagaimanapun,keputusan pm adalah muktamad.
saya hormat dan terima.
harap-harap jangan bohong lagi macam minggu lepas.

masa itu,menteri memberitahu orang ramai harga minyak akan naik pada ogos.
tapi,pm naik harganya pada hari kemudian.

cakap tidak sama bikin!
buat apa mengadakan mesyuarat lagi jika keputusan menteri tidak dihormati.
tapi,keputusan pm adalah muktamad.
menteri terpaksa bisu dan diam saja.
pm telah memalukan menteri tersebut.

tak apalah!
perkara ini sudah lalu.
yang penting ialah masa kini.
banyak penjimatan telah diambil oleh pm.

rupa-rupanya,
menteri bukan claim tunai selepas perbelanjaan.
mereka dapat elaun dulu dan boleh gunanya tanpa proses soal jawab dan sesuka hati.
saya tidak setuju dengan cara ini.
sepatutnya duit tersebut hanya boleh diclaimkan selepas perbelanjaan untuk mengelakan pembaziran.
bil-bil perbelanjaan juga perlu diserahkan dan diperiksa sebelum diberi tunai.

pm bertekad mahu imej negara dan kabinet yang bersih.
tapi perkara tersebut telah merosakkan imej mereka dalam mata rakyat.
janganlah cakap ini,buat itu.
rakyat akan terliru dan kehilangan keyakinan apabila mendengar ulasan mereka.

berfikir dulu sebelum bersuara!
bermuafakat dulu sebelum bertindak!
bersama-samalah cakap dan buat sepakatan dalam perkara yang dijanjikan.

Tiada ulasan: