Selasa, Jun 03, 2008

sila hormat sikit!

ahli-ahli yang berhormat.
namun nama panggilan tidak sesuai dengan tingkah laku mereka.
kenapakah masalah ini tertimbul dikalangan ahli-ahli yang berhormat?

saya rasa tatacara bermasalah.
tingkah laku ditentukan oleh pemikiran dan kebiasaan mereka.
walaupun semua ada emosi dan buah fikiran sendiri,
tapi apabila mempunyai kedudukan yang berbeza-iaitu wakil rakyat,
yb perlu meningkatkan pretasi dan tatasusala sendiri.

manusia mempunyai daya untuk belajar selama-lamanya.
jadi,yb digalakkan menghadiri kelas tatasusila.
kelas perlu mengadakan kursus yang berunsur moral.
unsur adil,saksama,bertanggungjawab,sopan,dan sebagainya perlu diutamakan.
kualiti diri perlu diunsurkan dulu sebelum belajar bergaulan dengan orang lain.

cara pergaulan dengan orang adalah berasaskan dengan dua atau lebih pihak.
keadaan ini sukar diramalkan dan perlu bersedia bermuafakat.(win-win relationship)
belajarlah tolak ansur dan bersedia undur diri demi kebaikan bersama.
berundur diri bukan mengaku kalah,tapi cara menunggu marah reda.
susahlah mahu berkomukasi apabila pihak depan dalam keadaan marah.

mungkin susah untuk menerima kelemahan pihak lain.
tapi cubalah menimbangkan kelebihan dia.
pemikiran positif amat penting untuk meningkatkan kualiti sendiri apabila berhubung dengan.
cuba kamu fikir kenapa kamu mahu berkawan dengan seseorang?
disebabkan kelebihan dia yang menarik anda mendekati dia.

yang berhormat,
sila hormat sikit!
teruskan belajar dari masa lampau.
biadah bawa padah;
hormat mendatangkan keagungan.

Tiada ulasan: