Jumaat, Jun 27, 2008

apa-apa saja pun boleh berlaku!

sejak kebelakangan ini,banyak khabar angin tersebar di malaysia.
  • stesen minyak akan tutup pada 26.6.08 disebar menjadi tutup 3 hari di sabah dan sarawak kerana mahu minta naik komisen diesel dan petrol.
  • larangan wartawan dan pihak media massa masuk ruangan ahli parlimen berjalan diadakan kerana takut pihak media massa menganggu ahli parlimen.
  • beras campuran 15% dan diberi subsidi didapati kurang segar dan kuning serta berbau busuk diberi bekalan kepada penduduk di sibu yang memerlukan beras sebagai bahan makanan utama.
  • kerajaan persekutuan telah membatalkan projek besar monorel dan jalan lingkaran luar di pulau pinang yang diperlukan oleh rakyat semasa kenaikan harga minyak.

nampahnya kerajaan malaysia telah banyak mengambil tindakan sebelum berbincang dengan pihak dari sektor swasta,media massa,pihak pembangkang dan wakil rakyat.
janganlah hanya mahu dengar suara manis dan golongan yang main isu saja.
cubalah dengar suara dan cakap benar dari golongan yang kecil jika bernas.

buat satu,batal satu;
cakap dua,tarik balik dua.
janganlah main-main saja.
apa-apa pun boleh berlaku jika masih buat hal sebegini.

Tiada ulasan: