Isnin, Jun 02, 2008

jangan salah faham!

satu ayat mempunyai pelbagai maksud.
saya fikir ini,kamu fikir itu.
jadi,salah faham telah timbul di antara kita.

ini mungkin disebabkan pandangan saya dengan kamu adalah berbeza.
atau orang yang bercakap itu kurang mahir dalam memberi huraian.
atau pendengar sendiri salah faham dan tidak tanya dengan jelas.

jadi,kita mesti belajar bagaimana bercakap dan mendengar.
ini memerlukan kemahiran dan berlatih selalu.
ingat banyak mendengar sebelum bercakap.
kerana tuhan beri kita 2 telinga dan 1 mulut saja.

marilah kita sama-sama menjaga cara kita bercakap dan mendengar.
janganlah salah faham lagi!

Tiada ulasan: