Selasa, Jun 10, 2008

suara hati dari rakyat pendalaman sarawak.

sarawak adalah merupakan kawasan paling luas di malaysia.
banyak kawasan dibiarkan dan ketinggalan pembangunan.
tapi,kawasan yang penuh dengan flora dan fauna merupakan penarikan uniknya untuk pelancong barat.

sarawak bukan menyertai malaysia.
tetapi bersama-sama dengan penisular barat untuk menubuhkan negara malaysia.
jadi,sarawak yang terletak di timur malaysia merupakan sebahagian negara malaysia.
kami sudah lama dibiarkan dan ketinggalan pembangunan.
merupakan negeri yang miskin dalam malaysia walaupun membekal minyak petroleum dan kelapa sawit untuk negara.
mungkin sarawak terletak jauh dari wilayah persekutuan yang menyebabkan keadaan tersebut.

sebelum ini ,beliau pergi sabah.
semalam,pm sampai di sarawak.
membawa berita baik dan 'gula' untuk rakyat yang 'sakit gigi'.
tapi yang kami mahu bukan 'gula',kami mahu 'ubat'.
suara hati rakyat kawasan pendalaman yang dibawa ialah
mereka mengalami masalah apabila harga minyak naik mendadak.
mereka perlu beli diesel yang mahal untuk pembekalan elektrik dan enjin sampan mereka.

walaupun sarawak merupakan pembekal elektrik yang terbesar di malaysia,
tapi kawasan yang berjauhan ini tiada bekalan elektrik disediakan.
mereka bergantung motor dan diesel untuk mendapat bekalan elektrik.
pengangkutan yang bawa mereka masuk dan keluar hanya sampan yang brenjin.
semua ini memerlukan diesel dan bahan api yang berharga tinggi.

saya bukan tidak sokong naik harga.
tapi subsidi yang berpatutan harus dikaji dan diberikan untuk mereka yang betul-betul memerlukannya.
penyukturan semula subsidi yang dilaksanakan baru-baru ini kurang memuaskan.
kerana subsidi masih memihak golongan kaya.
contoh:kereta bmw yang berkuasa kurang daripada 2500cc masih dapat bantuan kerajaan.
saya bercadang supaya hanya kereta yang di bawah 1800cc mendapat subsidi.

selain itu,larangan atas kereta negara asing membeli petrol perlu diadakan.
cuam syarat pengehadkan perlu diubahsuaikan.
contoh:larang kereta asing mengambil petrol melebihi 2/3 tank.
ataupun mengenakan bayarana yang berbeza terhadap kereta asing.
kerana rakyat mempunyai hak kewarganegaraan dan layanan yang berbeza.
ini juga mengelakkan subsidi dinikmati oleh negara lain.

selepas v.k lingam menyebabkan diri dalam kegelapan bidang kehakiman,
pengaruhnya bukan hanya di penisular malaysia.
sarawak pun ada kesan insiden mengenai campurtangan pihak eksekutif.
kami takut kehilangan keadilan bidang kehakiman.
unsur politik juga didapati campur tangan dalam bidang kehakiman.

menurut ketua hakim mahkamah tinggi sabah,
dr mahathir telah mengugutkan untuk memecat para hakim jika mereka membuat penghakiman yang tidak menyebelahi pentadbirannya.
bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin juga pernah mempengaruhinya semasa beliau mengendalikan satu kes berkaitan dengan pilihan raya.
selain itu,penceramah latihan hakim juga menggalakan hakim membuat keputusan mahkamah yang lebih mementingkan kepentingan kerajaan daripada segalanya.

nasib baik,hakim dari sabah ini tidak mengabaikan keadilan dan kepentingan bidang kehakiman.
tapi,nama baik bidang kehakiman telah tercemar dan rakyat akan kehilangan keyakinan terhadap bidang kehakiman.
ini adalah kerana kami tidak dapat memastikan semua hakim yang mengendalikan kes kita akan mengikuti tulus hati dan mengamalkan keadilan seperti ketua hakim mahkamah sarawak tersebut.
kami mahu keadilan kehakiman dan bidang hakim yang bersih diwujudkan dalam negeri kita.

jangan abaikan kita kerana jauh.
walaupun ada jarak,tapi kami masih sama taraf dalam malaysia.
keranamu,kami sama-sama merdeka.
kerana kami,kita sama-sama merdeka.
tiada perbezaan antara kita.

Tiada ulasan: