Isnin, Jun 02, 2008

saya bangga menjadi bangsa malaysia!

saya ialah bangsa malaysia.
kamu juga bangsa malaysia.
cuma layanan yang kita terima tidak sama dengan gelaran tersebut.

sebenarnya idea ini ialah idea tun mahathir.
apabila beliau merancangkan wawasan 2020.
misi ini bermakna dan berfaedah untuk semua rakyat.
tapi perlaksanaan beliau telah menjauhi misi itu.

sebenarnya rakyat ialah watak utama dalam perlaksanan warga malaysia.
kerajaan cuma perlu menyediakan ruang saja.
mempelajari budaya yang ada persamaan.
seperti:orang cina mempunyai cita rasa yang sama dengan orang melayu dan india-makan nasi lemak dan roti canai.
orang melayu pun suka makan mee goreng.

memansuhkan hak-hak yang tidak sama rata.
seperti:pinjaman wang dari bank,
peluang masuk universiti,
peluang mendapat tender kerajaan,
peluang menjadi kakitangan kerajaan,
dan peluang mendapat bantuan kerajaan.

misi bangsa malaysia dapat dijayakan jika
semua rakyat malaysia mempunyai sifat berani meluangkan perasaan mereka.
ini membantu kita mengenali antara satu sama lain.
seperti orang melayu tidak suka orang menghina-Nya.
orang cina tidak suka orang lain panggil dia cina babi.
orang india tidak dilayan macam hamba.
jika ulasan ini dapat disuarakan,semua akan menerimanya.
kerana kita mempunyai sifat toleransi,saling menerima dan bermuafakat.

demi kebaikan bersama,
kita sebagai rakyat malaysia,
jangan pecah bilah.

kita mesti teguh dan menyeru bersama-sama:
saya ialah bangsa malaysia!
saya bangga dengan bangsa malaysia!

Tiada ulasan: