Jumaat, Jun 06, 2008

kamu mahu apa?

besok ialah hari jadi yang di-pertua agong.
abdullah telah menyediakan "hadiah besar" untuk yang di-pertua agong.
tak tahu apa hadiah yang dia akan bawa semasa berjumpa dengan agong.

menteri kata bahawa harga minyak akan dinaikan ikut harga minyak dunia;
tapi abdullah membuat keputusan untuk naik harga pada hari 4.6.08.
rakyat telah menerima "bom besar daripada perdana menteri-abdullah.

agong ialah lambang kehormatan malaysia;
rakyat ialah "boss" malaysia.
tapi,layanan yang diberi oleh "pengurus kita"adalah berbeza.

selepas pilihan raya,
beliau mahu menjaga harga barang.
tapi,naik minyak akan menyebab harga barang naik juga.

beliau mahu kurangkan subsidi minyak.
supaya ada subsidi lebih untuk harga barangan.
pusing-pusing,nanti pening kepala anda.
contohnya:
peraturan larangan negara thai dan singapura telah ditarik balik dengan begitu cepat.
tak dapat tunggukah?

saya rasa hairan bahawa
jabatan antara jabatan tiada hubung langsungkah?
mahu laksana,terus laksana;
mahu batal,terus batal.
macam main permainan.

tak tahu pengurus kita malu tak?
agong marah tak?
adanya pengurus yang kurang cekap dalam urusan kerjanya.
saya rasa malulah jika perkara ini diulang kali berlaku.
cubalah rancang dan fikir dulu sebelum membuat tindakan.
kalau tidak,apa pandangan negara kita dalam mata negara lain.

saya tidak mahu hadiah atau bom besar daripada mana-mana pihak.
saya cuma kehidupan yang biasa,bebas,aman,
ada makan,minum,tidur,
dan dapat "jalan dengan lurus".

Tiada ulasan: