Rabu, Jun 04, 2008

bersama-samalah kita memikul beban kerajaan!

barisan nasional ialah barang naik.
banyak orang berdapat bahawa kerajaan yang dibimbing oleh abdulah yang menyebabkan barang naik.

sebenarnya inilah adalah krisis sedunia.
bukan negara kita yang mengalami masalah barang naik.
tetapi semua negara di bumi ini yang mengalami krisis kenaikan harga minyak dan makanan.

kita tidak boleh menyalakan abdulah atas sebab ini.
yang kami tidak puas hati ialah cara pengendalinya kurang memuaskan.
kerajaan malaysia ada satu kelemahan iaitu:
tidak menimbang masak sebelum melaksanakan sesuatu perubahan dan mengambil tindakan dengan tergesa-gesa.

biarlah rakyat bersedia dari segi mental.
rakyat pasti akan menerimanya.
ini satu cara yang saya cadangkan.
cubalah beritahu awal sikit sebelum mahu naik harga minyak malaysia.

pada awalnya,kerajaan bercadang mahu mengubah harga minyak.
harga tersebut akan mengikut harga sedunia pada bulan ogos.
tapi,hari ini,5.6.08,telah diumunkan harga minyak naik sebanyak 78 sen,diesel-rm1.
jadi,harga minyak di malaysia ialah rm2.70 dan diesel-rm2.58.
Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus.

abdulah akan memberi 30 sen diskaun setiap pembelian minyak.
pembelian rebet kepada 2000-2500cc kereta dan 250cc motosikal apabila pemilik kenderaan bayar cukai jalan sebanyak rm 625 dan rm150 setahun.
kenderaan yang tidak termasuk dalam kategori di atas akan diberi penolakan cukai jalan sebanyak rm 200 dan rm 50.

subsidi yang dijimatkan akan digunakan dalam projek tanam padi,mengawal harga minyak masak,beras,roti,tepung,gas dan bahan api.
saya berharap agar rakyat malaysia dapat bertenang dan waras.
abdulah terpaksa melaksanakan keputusan naik harga minyak demi memperoleh lebih banyak wang supaya subsidi untuk makanan dan bahan api dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat.

satu perkara yang saya fikir kerajaan juga ambil ialah
memastikan harga tetap bagi barang keperluan dapat dilaksanakan.
kerana setiap kali kenaikan harga minyak,harga barang pasti akan naik.
ini disebabkan kos penghantaran bertambah.

sama-sama tanggungkan beban ini.
lebih banyak orang pikul,lebih ringanlah beban kerajaan.

kesimpulannya,barisan nasional pastilah bukan barang naik.
rakyat perlu berganding bahu dengan kerajaan dalam perjalanan mengatasi krisis kenaikan harga minyak sedunia dan kos makanan yang semakin meningkat.

Tiada ulasan: