Jumaat, Jun 13, 2008

bantuan segera!

kerajaan negeri sarawak telah 'mendengar' suara rakyat tempatan.
mereka bertindak mahu mengumpulkan nama-nama penduduk kawasan pendalaman.
yang memerlukan subsidi untuk diesel bagi motor sampan dan mesin bekalan elektrik.

pada pendapat mereka,nama-nama tersebut akan dikumpulkan dalam masa 2 bulan ini.
dan menyuruh penduduk sabar dulu dan menunggu berita baik yang disampaikan oleh mereka.
ini telah menunjukkan kerajaan negeri sarawak adalah kerajaan negeri yang bertanggungjawab,bertimbang rasa dan memahami kesusahan penduduk kawasan pendalaman.

suara pembangkang pkr yang menyuarakan subsidi diesel untuk motor sampan dan mesin bekalan elektrik sebelum ini telah diambil berat oleh kerajaan negeri.
kalau tidak,pihak pembangkang pasti akan membangkitkan perkara ini demi menimbulkan kemarahan penduduk dan mendapat sokongan politik daripada penduduk kawasan pendalaman.

jangan pandang rendah kerajaan negeri sarawak!
kebanyakan mereka datang dari kawasan pendalaman.
mereka pasti pernah mengalami kehidupan yang serba kurang.
jadi,mereka terus ambil tindakan semasa pm sampai sarawak.

jika masalah ini tidak diatasi dengan baik,janganlah salahi pm!
kerana pm telah memberi sumbangan wang yang berjumlah tinggi untuk kerajaan sarawak.
masalah ini cuma dialami oleh penduduk di sarawak sahaja.
tanggungjawab yang berat ini telah jatuh di bahu kerajaan negeri sarawak.

tibalah masa untuk menunjukkan kebolehan dan kemahiran mereka.
harap-harap semua subsidi yang didapati dapat dinikmati oleh seluruh penduduk yang benar-benar memerlukannya.

Tiada ulasan: