Sabtu, Jun 07, 2008

adakah bn sudah sedar?

bn hilang 2/3 majoriti dalam pilihan raya.
salah satu sebab yang dikatakan ialah pengabaian promosi dan kempen dalam internet.

pihak pembangkang yang kekurangan sokongan rtm dan pelbagai media massa,
mereka telah banyak menggunakan teknologi canggih ini dalam promosi dan kempen pilihan raya.
terutamanya pkr,pas dan dap.

sekarang mereka sudah sedar.
bn mahu serang balik menerusi blog.
mahu jawab soalan yang diberi oleh pihak lawan.
mahu menafikan tuduhan yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang.
termasuk blogger-blogger yang menyerang mereka dalam pilihanraya yang lalu.

bn sudah lama tidur dalam mimpinya.
sekarang baru sedar mahu ambil tindakan,
selepas majlis tertinggi umno di selangor pada 6.6.08 yang lalu.
parti umno bercadang mahu semua umno negeri dan bahagian,
mempunyai laman web sendiri untuk menjawab tuduhan pembangkang.
tindakan ini menarik perhatian pemuda-pemudi yang menjadi pengundi baru pada masa kini.

isu yang hangat sekarang ialah:
isu kemasukan semula bekas ketua angkatan muda keadilan dan ezam akan dibincang secara umum di kalangan blogger.
mengikut pengalaman sesetengah ahli umno,sebelum seseorang menjadi ahli umno,
dia akan dikenangkan rm1 dan perlu menunggu sekurang-kurang 6 bulan sebelum menjadi ahli umno.
ada orang pula mengatakan anaknya terus menjadi ahli umno apabila dikesahkan bapanya seorang ahli umno.

satu perkara,tiga tindakan yang berbeza diambil.
mungkin bn belim bangun dalam perkara ini.
mungkin keadaan berbeza,keputusan yang diambil adalah berbeza.
kenapa mahu bahagi ahli biasa dan ahli pakar?
syarat-syarat kemasukan umno tidak tetapkah?
yang saya rasa lagi aneh ialah kenapa ezam mudah diterima oleh pemimpin umno dalam masa yang singkat dan yuran
bayarannya lebih tinggi(RM100).

siapa dapat jawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh saya?
saya berpendapat bahawa seseorang yang memohon menjadi ahli perlulah jujur.
dan hendaklah melalui proses tertentu sebelum permohonannya diterima oleh pemimpin parti.
janganlah mengubah syarat kemasukan ahli apabila mahu rebut sokongan pemuda dan pakar daripada pihak pembangkang.

jangan tidur dan mimpi lagi!
saya mahu dengar penjelasan lanjut.
jangan hanya sedar dalam sesetengah perkara.
banyak persoalan lagi yang ada dalam pemikiran dan bahan bualan rakyat.
sila beri jawapan sebelum pihak pembangkang mengambil kesempatan memburuk-burukkan keadaan.

Tiada ulasan: