Sabtu, Jun 21, 2008

bersatu untuk mendapat kuasa?

parti-parti di sarawak mahu bergabung bersama.
parti-parti tersebut ialah parti rakyat sarawak (prs)dan sarawak progressive democratic party(spdp).

kebanyakan keahlian prs ialah bangsa cina.
dan spdp mempunyai lebih banyak bangsa bumiputra.
faedah semua ahli-ahli bangsa tidak boleh diabaikan.
ini menyebabkan parti perkauman tidak sesuai dalam kes ini.
jadi,parti pelbagai kaum digalakkan diadakan demi kebaikan bersama.

siapa dipilih menjadi ketua parti juga memeningkan kepala.
dua parti mempunyai dua ketua parti.
satu parti boleh mempunyai lebih daripada 1 ketua parti tak?
kalau tak boleh,siapa jadi ketua dan siapa jadi timbalan.
masalah ini perlu dimuafakat demi kebaikan parti.

kedua-dua parti ini mempunyai 12 mp.
pbb mempunyai 14 mp.
pbb takut hilang kuasa dan kedudukan pertama dalam bn sarawak.
jadi,sebagai ketua parti bangsa bumiputra (pbb) dan cm,
taib mahmud telah mencadangkan supaya penyertaan pbb setelah kedua-dua parti itu telah diadakan.

saya tidak bersetuju pbb menyertai kedua-dua parti itu.
kalau ini berlaku,kedudukan dan kuasa mereka akan semakin mutlak dan besar.
ahli bn sarawak lain akan kehilangan kedudukan dan tidak dapat bersuara.
keadaan ini seperti ahli-ahli bn yang lain di semenanjung malaysia dengan umno.

kalau kuasa pbb dapat diseimbangkan oleh prs dengan spdp,
sarawak dapat berkembang dengan maju.
kerana lebih banyak suara dan buah fikiran dapat dilahir dan dicadang.

Tiada ulasan: