Ahad, Jun 22, 2008

parti politik di sarawak.

ketua prs berkata bahawa beliau akan bersedia untuk undur diri sebagai ketua prs.
beliau berbuat demikian demi kepentingan penubuhan parti baru antara prs dan spdp.
prs dan spdp juga bersedia untuk bergabung dengan pbb jika berjaya tubuhnya parti baru antara prs dengan spdp.

jika ini betul-betul berlaku,
supp akan ketinggalan jauh di belakang.
kepentingan bangsa cina akan diabaikan.
kerana parti bumiputra akan ditubuhkan jika 3 parti itu bersatu.
ahli-ahli cina dalam prs mungkin terpaksa menyertai supp jika parti bumiputra ditubuhkan.
jadi,perkara seperti ini perlu diambil berat oleh keempat-empat parti tersebut.

pbb sebelum ini hanya menerima kaum melanau dan kaum dayak.
prs ialah parti pelbagai kaum-cina dan iban.
spdp terdiri daripada kaum dayak dan iban.
supp bergelar diri parti pelbagai kaum,tetapi ahlinya hanya bangsa cina dan sedikit kaum dayak.

masalah yang disebut di atas boleh diselesaika jika keahlian pelbagai kaum diadakan.
mereka perlu putus sama ada mahu menubuhkan parti pelbagai kaum atau parti bumiputra.
cadangan saya ialah:
  • jika parti pelbagai kaum diadakan,jemputlah supp masuk parti baru juga.
  • jika parti bumiputra diutamakan,prs,spdp dan supp perlu berkerjasama demi keseimbangan politik dan menyeimbangkan kuasa pbb dalam bn sarawak.
  • jika arus politik berbeza dengan supp,prs dan spdp bergabung semula tanpa kemasukan pbb.
tujuan mereka tubuh semula ialah mahu menentang pakatan rakyat yang semakin kuat.
mengelakan ahli-ahli politik lompat macam katak atau ular berkepala dua.
tapi,jika pengabaian satu ahli parti akan timbilnya masalah kurang adil dalam pembahagian kuasa politik dan suara kecil itu diketepikan oleh parti berkuasa mutlak.

keadaan politik susah diramal.
tapi cara perjalana masih perlu manusia rancang.
jadi,saya akan buka mata melihat apa mereka buat untuk politik sarawak.

Tiada ulasan: