Selasa, Jun 03, 2008

peristiwa 13 mei pada tahun 1969

peristiwa tersebut merupakan rusuhan kaum atas soal politik.
perpaduan kaum yang susah payah didirikan telah terancam selepas pilihan raya 1969.

parti pembangkang telah menafikan 2/3 majoriti parti perikatan setelah membangkit soal sensitif kaumdan hak melayu dalam kempen pilihan raya.
selepas kemenangan besar,parti pembangkang telah mengadakan perarakan pada 10 mei.
dalam pasukan perarakan itu,mereka mengambil penyapu sebagai penghindiran orang melayu.
perasaan orang melayu tersinggung apabila melihat keadaan tersebut.

*saya berpendapat politik boleh memajukan atau memusnahkan sesebuah negara jika penyalahgunaan politik dan tidak menjaga perasaan pihak lain.

sebenarnya,mereka sudah tidak puas hati pada masa sebelum pearakan berlaku.
kerana hak mereka telah tercabar apabila kempen pilihan raya parti pembangkang yang mengatakan mahu cabar hak orang melayu.
masalah menjadi lebih teruk apabila segolongan pasukan perarakan mencaci dan meludah air liur ke atas kaum melayu.

pada 13 mei,umno juga mengadakan perarakan balas yang tidak terancang diadakan.
kerana perasaan emosi yang tinggi dan tidak terkawal.
orang melayu yang bersenjata terkumpul di rumah menteri besar selangor.
mereka telah membunuh 2 orang cina.
berita ini tersebar telah menyebabkan pemuda cina dan kongsi gelap bertindak membunuh orang melayu.
rusuhan berlaku dan perintah daururat dikeluarkan.
akhirnya keadaan dikawal oleh polis.

selain itu,pembunuhan juga berlaku di kalangan askar pelbagai kaum.
kali ini,askar cina yang mulakan pembunuhan.
askar melayu dan pemuda dari kampung tidak puas hati dan bertindak.
mereka membakar kedai emas orang cina dan merampas harta benda tersebut.
orang-orang cina yang ditangkap dibariskan di depan lombong bijih timah dan dibunuh mati

*pada pendapat saya,
kaum cina dan melayu pada masa itu boleh dikatakan kedua-dua pihak ada silap.
kerana masing-masing menimbulkan masalah.
tidak bermuafakat sabar dan bertolak-ansur.
kami tidak boleh memutuskan hanya satu pihak yang salah ataupun unsur politik yang menimbulkan hal itu.

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan.
Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh.
menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.
nasib baik rusuhan tidak berlaku di kelantan,terengganu,pahang,kedah,p.pinang,johor dan negeri 9.

pergaduhan ini adalah pergaduhan politik dan bukannya perkauman.
Kerana sebelum itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni.
Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina kerana habis dibunuh.

*jika kekurangan tolak-ansur,sabar dan bermuafakat antara kaum mendatangkan padah.
pelbagai kaum di malaysia memerlukan ruang bebas untuk bersuara dan berhubung antara satu sama lain.

selepas peristiwa 13 mei,parlimen dibubarkan dan tunku abduh rahman dipersalahkan oleh orang melayu serta tun mahathir mahu tunku letak jawatan.
masalah ini selesai apabila penubuhan majlis perundingan negara,dasar ekonomi baru dan rukun negara diadakan.
Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman menyingkirkan singapura yang banyak kaum cina dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman.
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.

*ahli politik yang tidak bertanggungjawabselalu dipaksa letak jawatan apabila krisis besar berlaku.
jadi,tekanan rakyat agak berpengaruh dalam mengubah pertimbangan dan arah tuju kerajaan.

Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah.
bn dibentuk dan wilayah persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam dewan undangan negeri selangor.
ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui ISA.
sepadam pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan.
Sistem demokrasi,pilihan raya dan agihan ekonomi bumiputra mendapat tafsiran semula.

*kerajaan yang kuat mudah menguasai perkembangan kerajaan.
cubalah belajar dari peristiwa masa lampau.
undang-undang yang ketinggalan zaman perlu diperbaharu demi kebaikan bersama.
kalau tidak,rakyat berhak untuk menolaknya menerusi pilihan raya.

Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman.
kerana ia hanya terjadi selepas perbezaan politik.
dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur sahaja.
kawasan yang terpengaruh adalah kecil saja.

*nasib baik,pilihan raya 8.3.08,iaitu pihak pembangkang telah menolak 2/3 majoriti kerajaan bn.
peristiwa 13 mei tidak berlaku di kalangan rakyat malaysia.
ini telah menunjukkan rakyat pada masa kini telah meningkatkan pemikiran mereka dan mampu menerima hakikat.
rakyat pelbagai kaum telah bersatu padu menolak kerajaan bn yang kuat dan penuh dengan masalah tak lutsinar.


*=pendapat saya.
hasilan karangan ini adalah daripada ringkasan daripada website wikipedia.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Turut sedih dengan adanya peristiwa ini. Harus disusut sampai tuntas...!
http://politik.infogue.com/peristiwa_13_mei_pada_tahun_1969