Sabtu, Julai 12, 2008

terima kasih media massa tv3 dan rtm!

maklumat terbaru:tv3 akan menyiarkan debat menteri berita dengan anwar ibrahim.
ini telah membantu golongan miskin yang tiada saluran astro menonton siaran percuma.

selain itu,rtm juga banyak membuat perubahan selepas menteri berita baru naik ke atas kerusi ini.
rancangan seperti:blog,what say you,galeri perdana mandarin dan debat perdana.
selain itu,drama hong kong dan melayu juga menarik perhatian saya.
harap-harap rtm terus berusaha demimaju jaya.
kalau ini berlaku,rakyat jelata akan mendapat manfaat.
kerajaan pun senang hati dan bangga atas peranan yang dimainkan.

saya kurang setuju rtm ialah milik bn.
rtm dimiliki oleh kerajaan pusat.
maklumat yang disampaikan adalah maklumat kerajaan.
jadi,pihak pembangkang telah salah taksif dan rasa kurang adil kerana tidak dapat muncul diri dalam rancangan rtm.
sebenarnya,kalau pihak pembangkang bersifat positif,pihak rtm pasti akan menjemput anda.

berita-berita dalam tv3 memainkan peranan dalam media massa.
mereka profesional dan selalu membuat siasatan dan wawancara untuk mengenali lebih banyak isu dan perkara yang berkaitan.
mereka juga menjemput pihak luar memberi pendapat dan buah fikiran.
jadi,tv3,sebagai media massa persendirian nampah lebih bebas daripada rtm.

selain itu,satelit china juga menjadi saluran saya mendapat maklumat.
banyak rancangan forum disiarkan.
ini adalah kebebasan media massa yang dinanti-nantikan oleh rakyat malaysia.
rancangan srperti ini banyak diadakan di media massa taiwan.
ini mungkin disebabkan demokrasi taiwan lebih mengikut stail as.

kebebasan media massa amat penting dalam sistem demokrasi.
harap-harap kerajaan dapat menerima suara yang berbeza dan menyalurkannya kepada seluruh rakyat negara.

Tiada ulasan: