Sabtu, Julai 12, 2008

stail dan kehidupan saya!

saya sudah meletak jawatan sebagai kerani selama 15 hari.
saya akan pergi genting pada 23.7.08.
jadi,saya belum cari kerja lagi.
saya akan mencari kerja selepas lawatan ke genting.

pada masa ini,saya akan menggunakan masa dengan bermakna.
saya menonton parlimen pada pukul 10.
setiap jam,saya akan mendengar berita menerusi radio.
selepas tengah hari,saya akan membaca 6 buah suratkhabar di dewan budaya selama 3 jam.
selepas itu,saya menonton karton dan drama pada waktu malam menerusi satelit china.

adakah saya membazir masa saya?
orang berlainan jenis berpendapat berlainan.
jadi,saya tidak hirau pandangan orang lain.
saya mahu hidup dalam stail yang saya pilih.
oleh itu,saya mesti tanggu sendiri jika mendapat kesulitan dalam kehidupan.

mungkin saya seorang yang inginkan kesempurnaan dan kebiasaan dalam kehidupan saya.
saya puas hati dengan keadaan saya,tapi tidak puas hati dengan suasana negara yang berfikiran kolot dan ketinggalan zaman.
jadi,kehidupan saya selama ini macam sedang protest dan menunjuk perasaan tidak puas hati secara senyap.
saya mahu reformasi!kebebasan!demokrasi!
tapi bukan reformasi anwar yang keterlaluan.

seorang kawan saya yang berfikiran masak berpendapat saya macam sebiji sel hidup yang tidak mahu bergaul dengan sel hidup lain.(tisu)
saya menerima pendapatnya.
saya benar-benar tidak pandai dalam pengaulan sosial.
jadi,saya rugi jika berbanding dengan orang lain.

kawan saya berpendapat saya ada sifat tersendiri.
dia menasihati saya supaya bergaul dengan orang lain tanpa mengubah sifat tersendiri.
saya rasa pendapat dia bernas.
tapi,saya tidak dapat buat demikian.
macam ada antibodi di antara sel dengan tisu lain.
saya terpaksa menerima kelemahan saya.(degil,tegas,susah mahu berkejasama)
ini juga merupakan sebab saya meletak jawatan selepas berkhidmat selama 2 tahun 9 bulan di tanahmas hotel.

inilah saya.
terimalah saja orang yang unik ini!
janganlah suruh saya ubah.
saya sudah menerima kelemahan dan stail kehidupan saya.
bagaimana dengan kamu?

Tiada ulasan: