Jumaat, Julai 04, 2008

berita hiburan dalam bidang politik?

berita politik di malaysia pada masa kini macam berita hiburan.
tiada sesiapa tahu mana satu benar dan mana satu palsu.
hanya orang berkenaan dan terlibat tahu sahaja.

semua ini menimbulkan kesibukan kepada wartawan-wartawan tempatan.
rakyat yang memerhati politik juga sibuk bincang dan mengikut perkembangan berita terkini.
saya akan cepat bosan jika berita-berita yang terpapar itu belum disahkan dengan bukti.

saya benci berita jenis khabar angin.
ini akan menyinggung perasaan dan menimbulkan keadaan huru-hara di kalangan masyarakat.
tapi ini tidak bermakna saya benci suara berbeza.
saya sanggup mendengar suara berbeza jika disahkan dengan alasan dan bukti yang nyata.

janganlah tukar arah tuju yang benar dan menyelirukan para pengikut perkembangan berita.
ini akan menyelirukan rakyat jelata dan orang-orang yang tidak terlibat dalam bidang politik.
rakyat tidak akan kelam kabut pada permulaannya.
cuma pihak yang terlibat terutamanya ahli-ahli politik akan mengalami huru-hara apabila keadaan ini berterusan.

apabila bidang politik kurang stabil,rakyat akan menjadi mangsa dan mengalami kesulitan.
nama baik negara akan tercemar dan dipandang rendah oleh negara asing.
jadi,janganlah main isu politik dan menyebarkan khabar-khabar angin di kalangan rakyat.

yang benar,tetap benar;
yang salah,pasti salah!
janganlah menwujudkan zon kelabu di kalangan masyarakat.
biarlah masa jadi saksi dan pengajar dalam segala peristiwa.

Tiada ulasan: