Sabtu, Julai 12, 2008

kes rompak lagi!

pada bulan lepas, kes rompakan dan pecah rumah berlaku di kuching,sarawak.
banyak kes sebekini dilakukan oleh pakatan orang asing dengan orang tempatan.

orang tempatan tunjuk arah kerana tahu arah dan jalan;
orang asing pula pecah rumah dan rompak kerana lebih ganas dan berani mengganas.

banyak rumah besar dan orang kaya raya dijadi sasaran rompakan.
selepas rompakan,orang asing akan sembunyi dalam hutan.
mereka akan merancang rompakan seterusnya dan mengambil tindakan selepas beberapa hari.
selepas rompakan besar berturut-turut berlaku,mereka akan balik negara sendiri.
selepas rehat satu bulan,kumpulan rompakan baru akan muncul semula lagi.

mengikut laporan polis, satu tanda yang mudah diperoleh dalam kes-kes rompakan ini ialah mereka akan makan besar dalam rumah rompakan itu.
mereka mungkin tahu ilmu hitam yang boleh menidurkan tuan rumah dan mereka akan balik ke negara mereka selepas rompakan.
mereka tidak mahu makan di kedai-kedai makan atau tempat luar kerana takut dikenali orang awan.

saya marah kerana adanya orang tempatan yang tamak membantu orang asing mengancam orang sendiri yang berada di tanah yang sama.
harap-harap pihak polis dapat membanteras golongan orang tempatan dan orang asing yang terlibat dalam rompakan ini demi keselamatan dan keamanan awan.

Tiada ulasan: