Jumaat, Julai 18, 2008

mana rancangan rakyat tuju?

selepas 8.3.08,arus politik telah mengalir deras.
nampahnya,ekonomi terjejas,pepecahan dalam parti,undi tak percaya kepada pm,perebutan kuasa pihak pembangkang,kemunculan pangkatan rakyat dan kekerapan tunjuk rasa telah mengelirukan wakil-wakil rakyat dalam menyauarakan suara rakyat.

ahli-ahli parlimen telah hilang arah tuju mereka.
mereka telah lupa bahawa parlimen merupakan tempat menyuarakan keperluan rakyat.
mereka lupa indentiti sebagai wakil rakyat kerana masing-masing masih bergiat-giat mahu main politik-macam sedang main api atas baju sendiri.

pihak kerajaan masih meneruskan perkhidmatan mereka.
hanya segelintir ahli bn masih lakon demi mendapat sambutan macam bandul;
pihak pembangkang masih bergiat-giat dalam rancangan perebutan kuasa kerajaan.
mereka telah lupa keputusan yang dibuat oleh rakyat dalam pr-12.

sebenarnya,ahli-ahli bn masih selamat jika tiada perebutan kuasa berlaku dalam anggota penting.
keputusan pm mengalihkan kuasa kepada pembantunya dalam 2 tahun telah mengukuhkan kedudukannya supaya mempunyai ruang dan masa untuk menylesaikan perebutan kuasa dalam parti,melaksanakan perubahan dalam bidang kehakiman dan kegiatan pencengahan rasuah serta mengukuhkan ekonomi.

sebaliknya,pembentukan dua garisan kerajaan masih lemah.
hal ini disebabkan anggota-anggota dalam pangkatan rakyat masih belum mempunyai suara bermuafakat dan masih berjalan dalam arah sendiri.
ahli pangkatan rakyat masih mempunyai rancangan masing-masing.
seperti pas mahukan negara islam;pkr mahukan negara berperlembangan;dap menafikan negara islam.

nampahnya,pr belum sedia menjaga kepentingan rakyat.
mereka masih "mencari gaduh" dengan ahli-ahli bn.
mereka katakan mengundi tak percaya kepada pm atas kepentingan rakyat;
tapi niat mahu memengang kuasa kerajaan jelas dalam kelihatan rakyat jelata.

kalau pr mementingkan kepentingan rakyat,cubalah memberi cadangan bernas dalam parlimen tanpa mengira latar belakang dan peranan masing-masing.
mereka juga perlu mengurus negeri-negeri yang didapati dengan sempurna demi kepentingan masa depan sebelum mendapat kuasa kerajaan pusat.
kerana kepentingan dan sokongan rakyat adalah paling penting dalam bidang politik.

jangan risau!
rakyat jelata ada mata.
siapa mementingkan rakyat,rakyat pasti tahu.
mereka akan pilih 'pengurus' yang sesuai pada masa akan datang.
rancangan rakyat akan terus diadakan walaupun ada pihak mahu campur tangan secara tidak langsung.

Tiada ulasan: