Jumaat, Julai 04, 2008

siaran langsung parlimen selama satu jam?

saya berpeluang mengikut rancangan parlimen pada minggu ini.
tapi rancangan ini telah mengecewakan saya.
mungkin ialah salah saya kerana menyimpan harapan yang tinggi terhadap rancangan tersebut.

dalam rancangan tersebut cuma setengah jam siaran langsung dari parlimen.
setengah jam lagi untuk bersama ahli parlimen.
yang saya mahu ialah satu jam atau lebih banyak masa lagi untuk siaran langsung dari parlimen.
ini ialah matlamat kemeterian dan parlimen bertaraf dunia.

saya betul-betul harap negara kita dapat maju dan mencapai matlamat 2020.
siaran langsung ini merupakan salah satu langkah sahaja.
majulah demi kebaikan dan kepentingan bersama.

Tiada ulasan: