Jumaat, Julai 18, 2008

debat-pembuka pemikiran demokrasi!

pada mulanya,saya mendapat tahu tv3 menyiar secara langsung dari surat khabar.
saya berasa kecewa apabila mengetahui hos siaran tv3 telah menyiar debat ini secara tertunda selama 2 jam.

demi menonton debat siaran langsung ini,
saya telah pergi kedai kopi berhampiran dengan rumah saya.
kerana saya dalam golongan miskin.
tiada saluran astro yang dikenakan bayaran sekurang-kurang rm60 sebulan.
saya rasa banyak golongan miskin ada perasaan yang sama dengan saya.

yang saya gembira kerana ada penurunan harga minyak.
sebelum ini,penurunan minyak tak pernah berlaku selama ini.
jadi,saya sokong harga ini kalau banding dengan rm2.70.

dalam debat ini,anwar mengatakan beliau akan menurunkan harga sebanyak 50 sen,iaitu rm2.20 per liter.(naik 28 sen sebelum pr12)
saya tidak penduli sama ada potongan 50 sen ini ialah harga minyak sebelum atau selepas naik.
penurunan harga anwar ini juga seiras dengan tajuk:hari ini membentuk kerajaan, besok turun harga minyak tanpa mempendulikan unsur politik(sama ada harga minyak itu harga sebelum atau selepas pilihan raya ke-12.)

dalam debat ini,menteri penerangan bersuara tinggi dan kelihatan penuh dengan keyakinan diri.
anwar bersuara biasa dan rendah jika berbanding dengan ceramah biasa.
anwar berbuat demikian disebabkan mahu mengelakkan ketidakpuas hati ahli-ahli bn.
jadi,anwar masih nampak yakin menang dalam debat ini.

satu perkara yang penting dalam debat ialah jangan melakukan serangan peribadi.
setelah menteri serang anwar semasa beliau selaku timbalanmenteri,menterikewangan,pengikut imf dan sebagainya,anwar baru serang menteri sebagai berkas ahli semangat 46.
saya tidak sokong serangan peribadi.

dalam debat,anwar jawab semua soalan yang dikemukakan;
menteri mengelakkan sesetengah soalan dengan serangan peribadi.
jadi,debat ini adalah kekurangan adil kerana kedudukan tidak rata dan seimbang.
kalau menteri digantikan dengan pm,pastilah debat ini bermakna dan mengejutkan rakyat.
harap-harap pihak penganjur mengambil berat perkara ini.

di sini,saya berharap agar debat macam ini boleh diteruskan agar pelbagai pihak mempunyai ruang yang terbuka untuk menyampaikan mesej kepada rakyat jelata.
ini adalah salah satu kemajuan negara demokrasi.

Tiada ulasan: